• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Farid Tak Hadir Ke Mahkamah, Kes Disebut 7 September

oleh Ahmad Albab
27/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari tidak dapat hadir ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi sebutan semula kes lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya kerana menjalani pembedahan lutut.

Peguam Faizul Mohd Nasir yang mewakili pelakon itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya menjalani pembedahan tersebut di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban hari ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang laporan perubatan atau sijil cuti sakit dikemukakan kepada pihak mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Firdaous Mohamad Idris kemudian memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap Farid Kamil sekiranya laporan perubatan dan sijil cuti sakit gagal dikemukakan.

Majistret Nor Ariffin Hisham bagaimanapun tidak membenarkan pihak permohonan pendakwaan agar tidak dikeluarkan waran tangkap dan menetapkan 7 Sept bagi sebutan semula kes pelakon filem J. Revolusi itu.

“Sepatutnya, tiada keistimewaan diberikan terhadap tertuduh. Dia seharusnya mengemukakan laporan perubatan dan sijil sakit sepertimana yang lain sekiranya tidak dapat hadir”, kata Nor Ariffin.

Faizul memohon waran tangkap tidak dikeluarkan terhadap anak guamnya atas alasan dia sendiri telah memaklumkan kepada pihak mahkamah mengenai ketidakhadiran anak guamnya.

“Saya mohon pihak mahkamah memberikan peluang kepada anak guam saya untuk menyerahkan sijil sakitnya namun sekiranya dia gagal, terpulanglah kepada budi bicara pihak mahkamah”, kata peguam itu.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan lima hari bermula 27 Nov hingga 14 Dis depan bagi perbicaraan kes dihadapi pelakon itu dengan sekurang-kurangnya tujuh saksi pendakwaan akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Pada 16 Jan lepas, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Farid Kamil didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Ashraf Ahmad, 35, seorang eksekutif akaun syarikat swasta dan Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 24, seorang anggota polis.

Bagi pertuduhan ketiga, Farid Kamil dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap Muhammad Nizam sebagai seorang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas sebagai pegawai polis dengan niat menghalang beliau menjalankan tugasnya yang sah di sisi undang-undang.

Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa berkelakuan tidak senonoh di dalam balai polis dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan kepada Muhammad Nizam.

Sembilan hari kemudian, pada 25 Jan, Farid Kamil turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menggunakan dadah jenis tetra hydrocannabinol atau THC. – BERNAMA

Tags: Datuk Farid Kamilkes mahkamah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sejam Tahan Sakit Terperangkap Dalam Mesin Basuh

Next Post

Tiada Tindakan Tidak Daftar SST Sebelum 1 September

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

Next Post

Tiada Tindakan Tidak Daftar SST Sebelum 1 September

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd