• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Exco Pertahan Poster LGBT, Hari Sedih Rakyat P. Pinang

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Pemuda UMNO negeri menyifatkan kenyataan wakil Kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri yang tidak bersetuju dengan tindakan menurunkan poster mempromosikan ikon Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) pada satu festival di sini sebagai hari menyedihkan untuk rakyat negeri ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd. Norhiesam Ismail berkata, ini kerana LGBT merupakan budaya songsang yang ditolak semua agama dan tidak ada sebab untuk diperjuangkan lagi.

Katanya, beliau bersetuju dengan tindakan menurunkan poster berkenaan kerana ia memberi kesan kepada golongan remaja yang menghadiri pameran berkenaan.

“Berdasarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender serta Agama selain Islam negeri, Chong Eng, saya ingin mencabar kerajaan negeri supaya menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama mengiktiraf LGBT,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Norhiesam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Chong Eng yang tidak bersetuju dengan tindakan pihak tertentu menurunkan poster yang mempromosi ikon LGBT sempena Festival Georgetown yang berlangsung sejak 4 Ogos lalu hingga 2 September depan.

Menurut Chong Eng, ini kerana tindakan berkenaan sebagai diskriminasi berdasarkan seksual orientasi dan tindakan berkenaan tidak boleh diterima.

Mengulas lanjut, Norhiesam berkata, sebagai salah seorang pemimpin tertinggi di negeri ini, Chong Eng sepatutnya lebih mengetahui sensitiviti masyarakat terhadap perkara ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: LGBTPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd