• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Erdogan Dakwa Turki Sasaran Perang Ekonomi

oleh Haris
12/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan mendakwa negaranya tidak mengalami krisis mata wang, tetapi sebenarnya menjadi sasaran perang ekonomi oleh pihak luar.

Katanya, kejatuhan mendadak nilai lira tidak ada kena mengena dengan fundamental ekonomi.

“Negara ini bukannya sedang runtuh, atau dimusnahkan atau bankrap atau dilanda krisis,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meningkatkan tarif ke atas besi Turki sebanyak dua kali ganda, satu lagi tanda hubungan AS-Turki yang semakin buruk.

Lira Turki jatuh sebanyak 18 peratus, satu rekod terendah yang dianggap Erdogan sebagai satu serangan dalam perang ekonomi terhadap Turki.

Erdogan berkata, mereka yang merancang rampasan kuasa pada 2016 lalu tetapi gagal kini kembali menyasarkan ekonomi Turki.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan negara tersebut, tetapi dipercayai merujuk kepada AS, negara sekutu Turki yang kini berkrisis dengannya.

Erdogan masih menuntut Washington menghantar pulang ketua gerakan Gulen, Fethullah Gulen yang kini menetap di Pennsylvania, AS.

AS bagaimanapun menolak permintaan tersebut yang dianggap satu tindakan yang menunjukkan sikap autoritarian dan mencabul hak asasi manusia oleh Erdogan terhadap musuh politiknya.

Erdogan mendakwa Gulen disokong oleh AS dalam usaha merampas kuasa pada 2016, dan gerakannya sudah menyusup ke dalam pelbagai institusi termasuk pendidikan dan tentera.

Erdogan mahu Gulen dihadapkan ke mahkamah di Turki atas dakwaan terlibat merancang rampasan kuasa.

Hubungan kedua-dua kerajaan semakin dingin sejak kebelakangan ini, meliputi pelbagai isu daripada perbezaan matlamat dalam konflik Syria, hasrat Turki mahu membeli sistem peluru berpandu Rusia, dan kes paderi Andrew Brunson yang dibicarakan di Turki atas tuduhan terorisme.

“Apa sebab yang munasabah apabila lira yang bernilai 2.8 berbanding dolar AS jatuh bawah 6 peratus semalam?

“Sepanjang tempoh ini, Turki mencatat rekod dalam eksport, produksi dan pekerjaan,” tegasnya.

Beliau menyebut semula rancangan beralih kepada mata wang sendiri dan berkata Turki bersedia melaksanakannya dengan Rusia, China dan Ukraine. – Reuters/Mynewshub.tv

Tags: Amerika SyarikatPresiden Recep Tayyip Erdogan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd