Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

3 YouTuber Dakwa Diugut...

Tiga YouTuber tempatan yang mendakwa mereka telah diugut oleh Ah Long, menerusi satu rakaman video yang dimuat naik ke media sosial dan menjadi tular beberapa hari lepas, telahpun dipanggil polis.

6 Sept. Pengurusan Kes...

KUALA LUMPUR - Kes perceraian peguam Datuk Stanley Clement Augustin dengan isterinya Datuk...

BN Optimis Raih Sokongan...

MEMBAKUT - Barisan Nasional (BN) optimis mantan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah...

MRT Perlu Capai 250,000...

KUALA LUMPUR - Projek Transit Aliran Massa (MRT) memerlukan jangkauan sekurang-kurangnya 250,000 penumpang...

Edry KRU Tubuh Agensi Urus Artis Di UK

RANCAK… Penerbit dan komposer, Edry Abdul Halim kini sedang melakukan persiapan untuk menubuhkan syarikat pengurusan artis yang diberi nama KRU Entertainment UK Limited.

Agensi tersebut yang bakal beroperasi di Manchester, United Kingdom (UK) itu bakal dibuka sepenuhnya pada penghujung tahun ini, menurut laporan sebuah akhbar tempatan semalam.

Selain mengembangkan perniagaan dalam industri hiburan, Edry, 42, memilih lokasi tersebut demi untuk melihat perkembangan positif anaknya, Emery yang menghidap autisme.

“Menerusi syarikat tersebut, saya akan mencungkil bakat baharu di sana serta dalam masa yang sama menjadi ejen promoter untuk konsert artis antarabangsa di Malaysia dan Asia.

“Saya memilih Manchester kerana ada menawarkan kemudahan dan sekolah terbaik untuk anak autisme. Lebih menarik, mereka turut menyediakan sebuah pusat beli-belah khas untuk anak istimewa itu.

“Saya akan lihat dulu perkembangan Emery dalam tempoh setahun atau dua tahun. Jika tidak sesuai, dia mungkin pindah ke sekolah lain,” katanya ditemui dalam majlis tayangan perdana filem Wheely, di ibu negara.


Selain Emery, Edry yang mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohammed pada November 1999 turut dikurniakan tiga orang lagi cahaya mata iaitu Emil, 18; Edylia, 15; Emery, 11; dan Elya, 8,

Sementara itu, Edry pulang ke tanah air selama seminggu bagi memberi sokongan kepada filem animasi Wheely terbitan abang kandungnya sendiri, Datuk Norman Abdul Halim.

“Ini juga bagi menyiapkan rakaman lagu empat orang penyanyi yang belum dapat diumumkan. Jadual saya sangat padat dalam seminggu ini kerana perlu bantu empat orang penyanyi merakamkan lagu mereka.

“Saya bersyukur kerana khidmat saya masih diperlukan penyanyi di sini biarpun saya sudah hijrah ke UK,” ujar Edry yang pernah membentuk trio adik-beradik menerusi kumpulan rap KRU pada 1990-an. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori