• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DVS Sudah Ambil Tindakan Kawal Penyakit Rabies Di Sarawak

oleh
13/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sudah mengambil beberapa tindakan dalam membantu kerajaan negeri Sarawak mengawal penyakit Rabies di negeri tersebut sejak ia mula dikesan pada Jun dan Julai tahun lepas, kata Ketua Pengarah DVS Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata usaha pengawalan penyakit Rabies itu akan ditingkatkan dan diteruskan melalui penghantaran semula kakitangan DVS ke negeri Bumi Kenyalang tersebut mulai 15 Ogos ini.

“Sebelum ini seramai 180 kakitangan daripada Semenanjung Malaysia telah dihantar bertugas untuk membantu negeri Sarawak.

“Vaksin Rabies untuk haiwan kesemuanya dibeli oleh DVS dan diberikan kepada Sarawak berjumlah RM80,000 sehingga kini,” katanya lagi dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi mengulas laporan disiarkan The Borneo Post semalam yang memetik Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Ammar Douglas Uggah Embas yang mengatakan tidak ada bantuan dari agensi Persekutuan walaupun kes baharu Rabies dikesan di negeri itu.

Jelas Quaza Nizamuddin, Institut Penyelidikan Haiwan (VRI) Ipoh menjadi pusat utama dalam membuat ujian pengesahan penyakit daripada sampel kepala anjing. Ujian Direct Fluorescent Antibody Technique (FAT) dan Polymerase Chain Reaction (PCR) dijalankan. Setakat ini 620 sampel telah diuji.

Tambah beliau, pakar daripada DVS Malaysia juga telah ke Sarawak untuk membantu dalam program pemantauan dan merangka strategi kawalan yang berkesan serta menentukan kawalan zon penampan dan zon ‘lingkaran kawalan penyakit’ (immune belt)

Katanya DVS sentiasa bekerjasama dengan Sarawak dalam mengawal penyakit Rabies dan usaha-usaha tersebut akan ditingkatkan dan diteruskan. – BERNAMA

Tags: Rabies
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Projek Kereta Ketiga Negara Tak Guna Duit Rakyat

Next Post

Malaysia Kekal Sebagai Destinasi Pelaburan Menarik

Related Posts

Rabies: Perhilitan Tangkap Kelawar Pemakan Buah

10/05/2022
0

PUTRAJAYA: Sekumpulan tiga spesies kelawar pemakan buah ditangkap dalam program survelan khas penyakit rabies di Seri Kembangan, Selangor dekat sini...

Selangor Tiada Peruntukan Khas Tangani Rabies

11/04/2022
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak mempunyai peruntukan khas untuk menangani penyakit rabies kerana ia bukan bersifat endemik seperti demam...

Next Post

Malaysia Kekal Sebagai Destinasi Pelaburan Menarik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd