• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Maut, Lima Cedera Kenderaan Terbabas Di Pekan

oleh
25/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Dua maut manakala lima cedera selepas kenderaan pelbagai guna dinaiki mereka terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 33 Jalan Chini – Terapai di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan DSP Mohd Zaidi Mat Zin berkata pada kejadian pukul 10.45 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia ialah Muhammad Amirul Dzulkifli, 24, dan Afizah Abdullah, 28, yang berasal dari Felda Chini Timur 1 di sini.

Kejadian juga menyebabkan abang Muhammad Amirul, Mohd Zulfazli, 30, yang memandu kenderaan itu, ibunya Rosliza Ismail, 50, dan tiga lagi anggota keluarga mereka termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang masih belum dikenal pasti identitinya cedera.

Afizah merupakan adik ipar kepada Mohd Zulfazli.

“Mereka dipercayai dalam perjalanan dari Felda Chini hendak ke Felda Bukit Mendi di Triang, Bera. Kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu yang mengantuk menyebabkan kenderaan jenis Toyota Unser itu terbabas.

“Kemalangan menyebabkan kenderaan itu berpusing dan terbalik. Kenderaan juga remuk teruk pada bahagian hadapan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Zaidi berkata mayat kedua-dua mangsa dan semua yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, dekat sini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd