• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Wan Azizah Sedih Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Ditetak Bapa

oleh
14/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menzahirkan rasa sedih akan kejadian kanak-kanak lelaki lima tahun ditetak mati oleh bapa kandungnya di Flet Puchong Permai, semalam.

“Saya sedih mendapat khabar berita tentang kematian kanak-kanak lima tahun di Puchong. Suspek yang merupakan bapa kandung mangsa dikatakan berada di bawah pengaruh dadah,” katanya dalam catatan di laman Twitter hari ini.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kejadian itu menjadi satu pengajaran kepada semua pihak untuk lebih tegas memerangi penyalahgunaan dadah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu, bapa yang berusia 35 tahun itu dikatakan telah menetak tiga kali kepala dan pergelangan kanan anaknya itu.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan tidur di ruang tamu rumah mereka yang terletak di tingkat empat flat berkenaan. Polis telah mereman bapa mangsa selama tujuh hari. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismailkes tetak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

04/11/2025
0

Sibu: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun terhadap seorang lelaki berusia 58 tahun selepas...

‘Saya Dengar Suara Mengerang Kesakitan, Lihat Anak Berlumuran Darah’ – Ibu Mangsa Tetak

‘Saya Dengar Suara Mengerang Kesakitan, Lihat Anak Berlumuran Darah’ – Ibu Mangsa Tetak

25/10/2025
0

TUMPAT: "Saya terdengar suara mengerang kesakitan dari luar rumah sebelum keluar dan sangat terkejut melihat anak dalam keadaan berlumuran darah,"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd