Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kecoh… Dirogol 2 Pelajar...

PENDUDUK Jasin, Melaka baru-baru ini digemparkan dengan kes seorang pelajar perempuan yang berusia 13...

6 ADUN BN Sertai...

KOTA KINABALU — Enam Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah...

Polis Johor Serbu Pusat...

JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan 2,348 individu dalam 388 serbuan yang dijalankan...

204 Syarikat, Pengusaha Pelancongan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 204 entiti perniagaan pelancongan dan perhotelan telah menamatkan perniagaan sejak Mac tahun...

Dr Halimah Akan Letak Jawatan Di PPAS

SHAH ALAM – Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dari PAS, Dr Halimah Ali akan menghantar surat peletakan jawatan sebagai anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), esok.

Beliau berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk berbuat demikian meskipun telah bersama dengan PPAS sejak 2008 lagi.

Dr Halimah berkata demikian berhubung desakan pelbagai pihak supaya beliau meletak jawatan ekoran kedudukannya kini sebagai calon pembangkang pada PRK itu.

“Perkara ini sepatutnya tidak menjadi isu, PPAS bukan GLC (anak syarikat kerajaan negeri) kerana saya tidak mendapat apa-apa elaun sepanjang berkhidmat di PPAS.

“Saya pernah menjadi pengerusi PPAS (dari 2008 sehingga 2016), saya berkhidmat di perpustakaan itu pun hanya kerana minat (membaca) dan bukan atas kepentingan lain, apa pun esok saya akan hantar surat letak jawatan kepada PPAS,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ziarah asnaf di sini, hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak Dr Halimah supaya melepaskan jawatan yang disandang untuk tempoh 2017-2020 itu, termasuk Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Penolong Setiausaha, Pemuda PKR, Syed Badli Shah Syed Osman.

Mengulas lanjut, bekas anggota Exco kerajaan Selangor itu berkata pihaknya menerima desakan peletakan jawatan itu dengan hati terbuka walaupun sebelum ini telah melaksanakan pelbagai program untuk menaikkan imej perpustakaan berkenaan.

“Ketika menjadi Pengerusi PPAS, pelbagai usaha telah kita lakukan untuk membudayakan ilmu dan antara pencapaian paling membanggakan ialah penganjuran Pesta Buku Selangor yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) sebagai ‘The Largest Outdoor Reading Event’.

“Saya pun tidak terfikir menjadi calon (PRK) kerana ini adalah arahan pimpinan parti,” katanya.


Sementara itu, Dr Halimah berkata pihaknya menggunakan pendekatan lebih mesra dalam menyantuni pengundi bukan Islam di kawasan DUN itu.

Beliau berkata PAS sebelum ini tidak pernah menjadikan isu bangsa dan agama sebagai batu penghalang dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat.

“Saya tidak nafikan sebelum ini ada rakyat yang menganggap PAS sebagai ektremis kerana propaganda parti lawan.

“Ingin saya tegaskan di sini, perjuangan PAS adalah untuk semua tanpa membezakan kaum mahupun bangsa, cuma kita tidak berkompromi dengan musuh Islam,” katanya.

Dr Halimah bakal ditentang calon Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar dalam pertandingan satu lawan satu pada PRK DUN Seri Setia, 8 Sept ini, yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lepas akibat kanser usus. – BERNAMA

Kategori