• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dibunuh Sebelum Dibakar Di Sitiawan

oleh Ahmad Albab
23/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAYAT yang ditemui dalam keadaan rentung dipercayai mangsa bunuh di kebun kelapa sawit di Kampung Baru, Sitiawan dipercayai sudah mati sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, bagaimanapun mayat mangsa dipercayai baru dibakar berdasarkan masih terasa bahang pada mayat berkenaan.

Katanya, bagaimanapun sehingga kini identiti mayat terbabit masih belum dapat dikenal pasti berikutan keadaannya yang terbakar keseluruhan.

“Keadaan mayat masih lagi baru dibakar berdasarkan masih terasa bahang pada mayat dan hangus terbakar hampir 85 peratus dengan bahagian dada sehingga kaki rentung keseluruhan.

“Hasil pemeriksaan dipercayai mangsa sudah meninggal dunia sejak dua hari lalu berikutan polis menemui sehelai tuala yang dipenuhi dengan darah dan sudah berulat,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Katanya, mangsa dipercayai sudah mati di tempat lain dan dibakar di tempat kejadian.

Beliau berkata, turut ditemui beberapa cebisan kain langsir dan juga beberapa kain, namun tiada sebarang botol petrol atau bahan bakar lain yang dijumpai di sekitar lokasi penemuan mayat.

Katanya, polis turut menggunakan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk membantu mengesan jejak dan mencari bukti lain di lokasi kejadian.

Muhammad Hanif berkata, jarak lokasi kejadian dengan jalan besar kira-kira 500 meter dan kawasan itu juga dikelilingi dengan pokok sawit.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat pada Khamis ini.

Semalam, seorang pemilik kebun sawit menemui mayat dalam keadaan rentung di kebun kelapa sawit miliknya, kira-kira 9 pagi sebelum melaporkan penemuan itu kepada polis.

Pemilik kebun berkenaan Wong Keng Suew, 48, berkata, sebaik tiba di kebunnya untuk mengutip buah, dia terkejut melihat mayat itu sebelum berlari keluar untuk meminta bantuan.

“Saya lihat mayat itu sudah terbakar dan ada sedikit asap pada bahagian kepala mangsa yang membuatkan saya terkejut dan takut sebelum ke Balai Polis Seri Manjung melaporkan perkara itu,” katanya. – myMetro Online

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kes bunuhMayat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Afghanistan Tikam Adik Perempuan 28 Kali

Next Post

Jepun Tangkap 177 Paus Dalam Masa 3 Bulan

Related Posts

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

04/05/2025
0

SHAH ALAM - Abang ipar kepada pelakon Riezman Khuzaimi, Rennie Abdul Ghani, 57, meninggal dunia selepas terjatuh semasa mendaki Gunung...

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

30/04/2025
0

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga emas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di sebuah pondok di...

Next Post

Jepun Tangkap 177 Paus Dalam Masa 3 Bulan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd