• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dana Khas RM4 Bilion Untuk Pembangunan Masyarakat India

oleh Ahmad Albab
20/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dana khas bagi pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat India akan diwujudkan dengan peruntukan awal sebanyak RM4 bilion bagi tempoh 10 tahun, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy berkata dana tersebut bertujuan untuk membantu membangunkan kaum itu khususnya daripada kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dengan cara yang saksama.

“Kerajaan sememangnya berhasrat untuk terus menambah ekuiti masyarakat India di dalam ekonomi negara. Modal awal akan dikumpul daripada sumbangan kerajaan serta syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat swasta,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk M. Sambanthan yang ingin tahu adakah kerajaan sekarang akan menambah jumlah unit saham menerusi Pelan Tindakan Masyarakat India (MIB) yang diperkenalkan di bawah kerajaan terdahulu.

Waytha Moorthy berkata kerajaan sedang mengkaji semula segala program yang telah dijalankan di bawah MIB serta cuba memperbaiki usaha untuk mempertingkatkan lagi taraf hidup masyarakat India di negara ini. – BERNAMA

Tags: DanaKaum India
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Tidak Bertanggungjawab Kawal Bagaimana Dana SRC Diguna’ – Najib

‘Saya Tidak Bertanggungjawab Kawal Bagaimana Dana SRC Diguna’ – Najib

27/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak bertanggungjawab mengawal segenap segi bagaimana dana...

Saiz Dana KWAP Catat Pertumbuhan 7.4 Peratus Pada 2023

Saiz Dana KWAP Catat Pertumbuhan 7.4 Peratus Pada 2023

31/07/2024
0

KUALA LUMPUR - Saiz dana terkumpul Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7.4 peratus bagi tahun berakhir 31...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd