• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Guan Eng Bermotif Politik – Najib

oleh Ahmad Albab
24/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa kegagalan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat pembayaran balik dipengaruhi pelbagai faktor selain penggunaan ‘set-off’ (tolak-selesai) untuk kredit cukai bagi sebarang tunggakan cukai.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tuduhan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah terlebih bayar sebanyak RM16.046 bilion, adalah tidak benar malah hanya bermotifkan politik semata-mata.

Katanya, sehingga kini Guan Eng masih belum membuat sebarang laporan atas pelbagai tuduhan kerana membuat laporan polis yang palsu adalah salah di sisi undang-undang.

“Ada banyak sebab mengapa LHDN tidak dapat membayar balik termasuk faktor pekerja, syarikat asing yang tidak lagi berada atau beroperasi di negara ini, syarikat yang sudah tutup ataupun orang yang tidak dapat dikesan.

“Malah, kegunaan ‘set-off’ untuk kredit cukai bukan sesuatu yang luar biasa dan sering digunakan dalam negara ini dan di luar negara.

“Kerajaan mengutip cukai pendapatan sebanyak RM130 bilion setiap tahun dan mengikut penyata akhir tahun 2017 yang dikeluarkan oleh Akauntan Negara Malaysia, kerajaan Malaysia mempunyai wang tunai RM18 bilion pada akhir tahun 2017 termasuk RM8,914 juta dalam tangan dan RM7,749 juta dalam Akaun Simpanan Tetap (FD) bagi tempoh tiga bulan dan ke bawah,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook.

Selain itu Najib juga mencadangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk kedua-dua isu GST dan cukai lebih bayar dengan serta-merta kerana ia membabitkan wang kerajaan sebanyak RM35 bilion.

Katanya, ini bagi mencari kebenaran dalam memastikan adakah kerajaan BN, Kastam dan LHDN telah melakukan pecah amanah ataupun kerajaan PH hanya meneruskan permainan politik mereka.

“Saya mahu menyatakan dengan jelas berikutan pengecualian cukai selama tiga bulan (tax holiday) dan kekurangan pendapatan setiap bulan selepas pemansuhan GST dan digantikan dengan SST telah menyebabkan kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM31 bilion.

“Besar kemungkinan bahawa selepas tiga setengah bulan, Guan Eng baru menyedari bahawa langkah ‘tax holiday’ dan menukar dari GST ke SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) adalah langkah yang tidak betul.

“Berikutan cara pengurusan ekonomi yang tersasar kerajaan baharu ini, mereka kini menuding jari ke arah kerajaan BN sebagai selimut kepada kesilapan mereka sendiri,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd