• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Panas: Waspada Tanda Awal Strok Haba

oleh Cj Mnh
17/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan tanda-tanda awal strok haba berikutan cuaca panas dan kering yang melanda negara ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata strok haba terjadi apabila paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius berbanding suhu normal badan manusia kira-kira 37 darjah celcius.

Menurutnya, suhu badan yang tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu sawan, koma dan boleh mengakibatkan kematian.

“Antara tanda awal serangan strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

“Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini yang dikongsi menerusi akaun Facebooknya.

Dr Noor Hisham turut menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil orang ramai ketika menghadapi keadaan hari cuaca panas termasuk mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air tanpa mengira tahap aktiviti fizikal.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini melaporkan negara sedang mengalami fasa musim Monsun Barat Daya yang antara lain turut menyebabkan suhu menjadi lebih panas daripada kebiasaan.

Cuaca panas yang melanda di kebanyakan kawasan negara dijangka berlarutan sehingga hujung minggu ini, namun siri cuaca panas masih boleh berlaku sehingga monsun itu berakhir pada hujung September ini. – BERNAMA

Tags: strok habawaspada
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mohamad Seru Kerajaan Dan Rakyat Malaysia Bantu Turki

Next Post

Starbucks Buka Kafe Pertama Di Kelantan

Related Posts

Shah Rukh Khan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Strok Haba

Shah Rukh Khan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Strok Haba

23/05/2024
0

NEW DELHI - Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan, 59, dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan...

Erdogan Umum Pilihan Raya Mac Terakhir Untuknya

Cuaca Panas: KKM Rekod 15 Kes Strok Haba

09/03/2024
0

KUALA NERUS: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 15 kes strok haba sejak minggu pertama sehingga minggu ke-10 pada tahun ini, kata...

Next Post

Starbucks Buka Kafe Pertama Di Kelantan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd