KUALA LUMPUR – Ratu terjun negara yang juga juara dunia, Cheong Jun Hoong sah menarik diri daripada temasya Sukan Asia Indonesia – Palembang pada 18 Ogos hingga 2 September ini.
Ia berikutan kecederaan serius pada lutut kiri yang memerlukan masa selama enam hingga sembilan bulan untuk sembuh sepenuhnya.
Penarikan diri Jun Hoong itu disifatkan sebagai satu berita menyedihkan selepas Datuk Lee Chong Wei turut menarik diri kerana masalah kesihatan. – BH Online