• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cameroon Tubuh Pusat Latihan Bekas Pejuang Boko Haram

oleh Ahmad Albab
28/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAOUNDE – Cameroon akan menubuhkan sebuah pusat latihan vokasional di rantau Utara Jauh negara itu bagi memulihkan bekas pejuang kumpulan Boko Haram, kata Menteri Pentadbiran Wilayah Paul Atanga Nji.

Beliau membuat pengumuman itu di pangkalan pasukan petugas multinasional di Mora yang terletak dalam rantau Utara Jauh, Cameroon ketika bertemu kira-kira 100 bekas pejuang Boko Haram.

Pusat latihan itu akan menyediakan mereka ke arah cara hidup yang lebih baik, katanya.

Presiden Paul Biya telah menyediakan kemudahan itu kepada generasi muda bagi membolehkan mereka ke pusat latihan itu untuk mempelajari sesuatu yang bermanfaat.

Sesetengahnya berminat dalam bidang pertanian, pertukangan dan mekanik. Jadi semua orang boleh mempelajari kemahiran dan menjadi lebih bertanggungjawab, kata Atanga Nji.

Menurut menteri itu, layanan baik yang diberikan kepada bekas pejuang adalah bukti peranan kemanusiaan yang dimainkan oleh tentera Cameroon dalam menguruskan mangsa dan musuh perang.

“Adalah jelas hari ini bahawa pasukan pertahanan dan keselamatan di Cameroon amat profesional, malah ketika mereka berpeluang menggunakan senjata, mereka tidak melakukannya kerana Presiden Paul Biya telah memberi arahan bahawa melindungi nyawa manusia lebih penting berbanding penindasan,” kata Atanga Nji. – BERNAMA-NNN-AGENCIES

Tags: Boko HaramCameroon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Runtuh Di Cameroon: 37 Orang Maut

Bangunan Runtuh Di Cameroon: 37 Orang Maut

25/07/2023
0

YAOUNDE : Sekurang-kurangnya 37 orang maut dan 21 lagi cedera selepas sebuah bangunan pangsapuri empat tingkat runtuh di kawasan hab...

50 Pembalak Diculik Militan Boko Haram

23/11/2018
0

KANO (NIGERIA) - Kira-kira 50 pembalak dipercayai menjadi mangsa penculikan kumpulan militan Boko Haram di timur laut Nigeria bersempadan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd