Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Antara Azmin, Rafizi…Ini Kata...

SETIAWANGSA – Dalam usaha menyiapkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil...

Kerajaan Tak Bercadang Adakan...

Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan (PRKT) kerana kos yang...

Cerca, Carut Pemimpin Di...

KUALA LUMPUR - Cercaan, hasutan dan carutan oleh netizen dalam media sosial dilihat...

Tiada Kes Pelajar Universiti...

JOHOR BAHRU - Polis Johor hari ini berkata tiada pelajar universiti di negeri...

Calon PKR Kantoi Dedah PKR Gagal Urus 10 Tahun

ALAMAK… Ini memang lucu, calon PKR kerusi DUN Sungai Kandis secara tidak sengaja berjaya bongkar beberapa lagi kegagalan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di kawasan itu.

Mungkin juga Mohd. Zawawi Ahmad Mughni terlupa bahawa kerajaan PH (sebelum ini Pakatan Rakyat) telah memerintah negeri Selangor selama tiga penggal sejak 2008 dan kini pentadbirannya telah hampir 10 tahun.

Gambar-gambar dirakamkan agensi berita rasmi Bernama menunjukkan beliau sedang tekun lihat kegagalan pentadbiran kerajaan negeri termaju itu dalam menyelesaikan masalah dialami rakyat marhaen di kawasan tersebut.

Untuk rekod, Selangor memang terkenal sejak beberapa tahun lalu dengan masalah demam denggi dan merupakan negeri juara yang mampu mencatatkan kes penyakit vektor bawaan nyamuk aedes paling tinggi di dalam negara.

Gambar yang disiarkan Bernama itu malahan membuktikan bahawa kawasan yang dilawati oleh Mohd. Zawawi merupakan lokasi pembiakan nyamuk ‘terbaik’ lengkap dengan sumber bekalan air bertakung cukup sempurna.


Persoalan cepumasnya sekarang, adakah beliau sanggup bawa isu ini kepada kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan yang disertai ramai ADUN PKR sehingga Mohd. Zawawi pula perlu hendak bela nasib kawasan itu?

Justeru, terbukti hanya calon Barisan Nasional, Lokman Noor Adam yang mampu untuk membawa atau memaksa pihak kerajaan negeri untuk turun meninjau kawasan ‘panas’ sebegini dan seterusnya diambil tindakan lanjut.

Kalau hendak harapkan sesama PKR, maka tunggu sahaja pilihan raya yang akan datang lah jawabnya maka baru kawasan ini akan dilawati semula untuk tatapan kempen tagih undi sekali lagi. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori