• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Wujud Hospital Utk Pesakit Mental Di Pantai Timur Sabah

oleh Cj Mnh
01/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Norazlinah Arif mencadangkan agar sebuah hospital untuk pesakit mental diwujudkan di pantai timur Sabah.

Beliau berkata hingga kini, hanya terdapat sebuah hospital untuk pesakit mental di Kota Kinabalu iaitu Hospital Mesra Bukit Padang bagi menampung pesakit dari seluruh Sabah.

“Sebuah (hospital) tidak cukup, baru-baru ini saya periksa kapasiti, kemampuan (hospital) dengan pesakit tidak seimbang.

“Misalnya, kapasiti hospital menampung 200 pesakit mental tetapi yang ada kini 400 orang, sebab itu perkara ini juga perlu difikirkan dan ada keperluan untuk menambah sebuah hospital untuk pesakit mental,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Prisma Komuniti: Pusat Perkhidmatan Psikologi di Taman Univilla, hari ini.

Norazlinah berkata cadangan itu akan dibawa ke pengetahuan pihak atasan bagi menambah hospital untuk pesakit mental di Sabah.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Kunak itu turut memandang serius isu kekurangan bekalan ubat di hospital di negeri ini.

Katanya sekiranya terdapat salah laku daripada pihak hospital termasuk menjual ubat kepada pesakit, masyarakat boleh tampil ke hadapan dan melaporkan terus kepada kementeriannya. – BERNAMA

Tags: hospitalPesakit Mental
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd