Monday, December 9, 2024

Creating liberating content

Media Barat Dan Minda...

ALAM siber pembangkang kecoh lagi apabila majalah konservatif British, The Economist menerbitkan artikel...

“Saya Diundang Hadiri KMM...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan...

Wanita UMNO Sambut Baik...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita UMNO menerima baik dan bersetuju dengan cadangan Majlis...

Elak Panas, Tubuh Badan...

SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon, Fattah Amin yang sering kali dihimpit dengan...

Budak 11 Tahun Godam Replika Keputusan Pilihan Raya

WASHINGTON – Seorang budak lelaki 11 tahun berjaya menggodam replika laman web keputusan pilihan raya Florida dalam tempoh 10 minit dan menukar nama serta keputusan ketika satu konvensyen penggodam, kata penganjur, mencetuskan kebimbangan berhubung keselamatan sebelum undian seluruh negara.

Budak lelaki itu yang terpantas daripada 35 kanak-kanak berusia antara enam dan 17 tahun, kesemuanya menggodam salinan laman web enam negeri penting ketika tiga hari konvensyen keselamatan Def Con hujung minggu lalu, kata penganjur di Twitter semalam.

Tambahnya, acara itu bertujuan menguji kekuatan infrastruktur pilihan raya Amerika Syarikat (AS) dan butiran kelemahan disalurkan ke negeri berkenaan.

Persatuan Setiausaha Negaa Kebangsaan, yang bertanggungjawab mengira undi berkata, ia mengalu-alukan usaha konvensyen itu namun berkata, sistem sebenar digunakan negeri memiliki perlindungan tambahan.

“Agak sukar mereplikasi sistem ini oleh kerana banyak negeri menggunakan rangkaian unik dan pangkalan data dibangunkan khusus dengan protokol keselamatan baharu dan dikemas kini,” kata persatuan.


Demonstrasi godaman itu dilakukan ketika kebimbangan tersebar berhubung kelemahan sistem pilihan raya sebelum pemilihan pertengahan penggal dan persekutuan negeri.

Pasukan keselamatan kebangsaan Presiden Donald Trump memberi amaran dua minggu lalu, Russia melancarkan usaha ‘penyusupan’ untuk mengganggu pemilihan November.

Penganjur berkata, peserta di konvensyen itu mengubah nama parti dan menambah sehingga 12 bilion undi kepada calon. – Reuters

  • Lagi berita berkaitan:
  • Godam

Kategori