• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bibi Ramjani Pertahan Jawatan Presiden KAFA

oleh
06/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan akan terus mempertahankan kedudukannya dalam badan itu di sebalik tekanan yang memaksa beliau berundur daripada kerusi berkenaan.

Presiden wanita pertama KAFA itu berkata ketika ini mana-mana pihak tidak perlu menuding jari mencari kesalahan orang lain namun semua pihak perlu bersatu bagi mengembalikan kegemilangan The Red Warriors.

“Kalau berumahtangga kita tidak mampu (hadapi masalah) kita kena berusaha bukan kita terus cerai isteri kita dan serahkan kepada orang yang mampu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini akhbar melaporkan bekas presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa menyarankan individu yang tidak lagi mampu mentadbir badan induk berkenaan berundur demi kepentingan bola sepak negeri ini.

Mengulas lanjut, Bibi Ramjani berkata jika benar ada pihak yang masih sayangkan KAFA maka mereka perlu tampil ke hadapan dan bersama-sama barisan kepimpinan untuk mencari jalan penyelesaian.

Dalam masa yang sama Bibi Ramjani turut berharap agar Annuar dapat memujuk bekas-bekas pemain The Red Warriors di bawah pimpinannya supaya dapat bersabar dan tidak menekan KAFA ketika ini yang sedang bergelut dalam pembayaran hutang.

“Tahun ini kita berjaya menyelesaikan sedikit hutang bagi mendapatkan lesen untuk layak ke saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bibi Ramjani Ilias KhanKAFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan Cadang Wujud KAFA Peringkat Sekolah Menengah

07/02/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd