• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beberapa Jalan Sekitar Ipoh Ditutup Sempena Hari Kebangsaan

oleh Cj Mnh
21/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Beberapa jalan utama sekitar bandar raya ini akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat mulai Isnin bagi membolehkan raptai serta sambutan Hari Kebangsaan 2018 yang akan diadakan di hadapan Dewan Bandaran Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.

Kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh memaklumkan penutupan serta lencongan pada 27 dan 28 Ogos, masing-masing bermula 8.30 pagi hingga selesai acara.

“Penutupan serta lencongan pada 29 dan 31 pula bermula 6.30 pagi hingga selesai acara, “ menurut kenyataan itu di sini, hari ni.

Jalan terlibat adalah simpang Jalan Kuala Kangsar / Jalan Raja Musa Aziz; Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab (dari Jalan Kuala Kangsar) / Jalan Kompleks Islam; Jalan Lim Bo Seng / Jalan Dato Onn Jaafar / Jalan St. John dan Jalan S.P Seenivasagam.

Pihak polis turut membuka beberapa laluan alternatif antaranya dari Jalan Sultan Iskandar ke Menglembu atau Silibin boleh melalui Jalan Sultan Iskandar – Jalan Bandar Timah – Persiaran Bijeh Timah – Jalan Sultan Yusof – lampu isyarat Jalan Leong Boon Swee – lampu isyarat Lahat.

“Pengguna yang ingin ke Stesen Keretapi Ipoh, boleh menggunakan laluan subway di Regat Tun Perak dengan melalui Jalan Kuala Kangsar – Jalan Tun Abdul Razak – Jalan St. John – Regat Tun Perak,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Hari Kebangsaanjalan tutup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

25/08/2025
0

Putrajaya: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) hari ini mengumumkan penutupan ruang udara di Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur dari...

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

19/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Empat negeri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd