• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bazir RM61.55 Juta Akibat Kegagalan Operasi Marina Awam

oleh Cj Mnh
06/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Terdapat pembaziran wang awam RM61.55 juta apabila dua marina yang dibina kerajaan sebelum ini tidak beroperasi setelah siap dibina dan tidak pernah dikunjungi pelayar, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1.

Menurut laporan itu, marina Kuala Kedah tidak pernah beroperasi sejak siap dibina pada 2003 manakala marina Pulau Mentagor di Perak tidak mencatatkan sebarang kemasukan kapal layar sejak mula beroperasi pada 2010.

Dua lagi marina awam iaitu di Muar, Johor dan Tanjong City Marina di Pulau Pinang pula didapati menghentikan operasi apabila mengalami kerosakan serius pada struktur pontun manakala marina Tanjung Gemok di Pahang yang berhenti operasi telah diserahkan untuk kegunaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Kesemua marina awam yang dinyatakan adalah antara 11 projek marina awam di bawah ​​Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia Kesembilan yang menelan belanja keseluruhan RM323.16 juta.

Laporan itu berkata kelemahan dalam perancangan penyediaan infrastruktur bagi pendaratan kapal rekreasi merupakan antara punca kegagalan mencapai objektif keseluruhan pembinaan marina awam.
Selain itu, tiada perancangan promosi yang komprehensif juga menyebabkan marina awam tidak dapat diperkenalkan kepada komuniti pelayar suluruh dunia.

Pasukan audit turut mengesyorkan supaya Kementerian Pengangkutan (MOT), Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Jabatan Laut Malaysia (JLM) menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman bagi menyiasat isu-isu yang menjurus kepada kecuaian penjawat awam.

Ketiga-tiga badan berkepentingan itu juga perlu mengkaji serta membuat keputusan mengenai hala tuju baharu marina awam dan merancang sumber kewangan, sumber manusia, penyenggaraan dan aktiviti promosi. – BERNAMA

Tags: marina awamterbiar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd