Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pemandu Treler Maut, Polis...

KUALA LUMPUR: Pemandu treler membawa muatan dokumen keselamatan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)...

Kanak-Kanak Cemas Tersangkut Di...

BEIJING - Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik-detik mencemaskan apabila badannya tersangkut di celah...

Rakyat Kelantan Makin Jelas...

KOTA BHARU – Rakyat Kelantan semakin jelas mahukan kerajaan Barisan Nasional (BN) kembali...

“Doakan, Bantu, Berilah Pandangan...

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, meminta...

Batal ECRL Hukuman Ke Atas Rakyat Pantai Timur?

KUALA LUMPUR – Keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membatalkan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dilihat sebagai satu bentuk hukuman ke atas rakyat Pantai Timur kerana memilih Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam PRU-14.

Ia kerana projek pengangkutan awam yang dirancang kerajaan terdahulu itu akan mempercepatkan kerancakan pembangunan kawasan Pantai Timur tanah air khususnya jika ia diteruskan.

“Saya berharap kerajaan PH tidak melepaskan dendam kepada penduduk Pantai Timur di atas keputusan mereka menolak PH. PH perlu menghormati keputusan pengundi di Pantai Timur.

“Kita faham jika kerajaan PH ingin membuat kajian tentang kos dan sebagainya, tetapi membatalkan terus ECRL adalah keterlaluan. Saya harap jangan hukum rakyat di Pantai Timur hanya kerana perbezaan fahaman politik,” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera, menjelaskan, ECRL yang dirancang oleh kerajaan terdahulu dijangka akan merapatkan jurang pembangunan di antara Pantai Timur dan Pantai Barat.

Menurut beliau, ECRL dijangka meningkatkan kemasukan pelancongan ke Pantai Timur dan pembangunan industri.

Kawasan laluan terutamanya stesen persinggahan akan membangun dengan lebih cepat terutama sektor perumahan dan komersial.

Kata beliau, pekerja yang tinggal di bandar besar akan berpindah ke bandar stesen persinggahan.

Sebagai contoh pekerja dari Temerloh yang selama ini tinggal di Kuala Lumpur atau Kuantan boleh tinggal di Temerloh kerana jangka masa yang pendek untuk berulang-alik ke tempat kerja.


Tambah beliau, dengan membangunnya sektor perumahan pasti akan membangun juga sektor komersial, maka peluang perniagaan akan terus berkembang, usahawan kecil akan terus meningkat dan peluang pekerjaan dapat diwujudkan.

“Melalui ECRL juga akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada anak-anak tempatan di sektor rail ini,” katanya.

Beliau seterusnya menyatakan rasa kesal kerana GiatMara bersama Universiti Malaysia Pahang telah memperkenalkan kursus latihan kepada 700 pelatih untuk bekerja di bawah projek ECRL.

“Namun, dengan terbatalnya ECRL ini maka terbantutlah harapan 700 tenaga mahir muda Melayu ini untuk bekerja di dalam sektor rail ECRL ini.

“Yang pasti, harapan penduduk Pantai Timur untuk mendapatkan pengangkutan awam bagi kemudahan pengangkutan akan tinggal sekadar mimpi semata-mata,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori