• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BAM Yakin Barisan Pemain Mampu Raih Pingat Sukan Asia

oleh
09/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yakin skuad negara berpeluang cerah meraih pingat pada Sukan Asia 2018 di Indonesia bermula 18 Ogos ini, menerusi barisan pemain terbaharu yang dipertaruhkan badan induk itu.

Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menjelaskan keputusan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM yang memutuskan untuk mengekalkan dua beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, dibuat berdasarkan pengalaman luas dimiliki dua pasangan berkenaan di pentas antarabangsa.

“Kita tidak mahu memberi harapan terlalu tinggi kepada pasangan muda, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sehingga menjejaskan prestasi mereka pada masa akan datang.

“Saya rasa tindakan kita betul untuk mendedahkan mereka dengan beberapa kejohanan antarabangsa berbanding menghantar mereka beraksi pada Sukan Asia, namun dua pasangan negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin perlu membuktikan kemampuan masing-masing,” katanya.

Mohamad Norza berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Liga Remaja Kebangsaan Air Asia-BAM peringkat Selangor yang berlangsung di Dewan Datuk Haji Sidek, Persatuan Badminton Selangor, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan nama Chia-Soh mungkin dipertimbangkan BAM untuk beraksi pada Sukan Asia 2018 selepas mempamerkan aksi cemerlang dengan mara sehingga ke suku akhir Kejohanan Dunia di Nanjing, China, baru-baru ini.

Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM, bagaimanapun, mengekalkan gandingan Goh-Tan serta Teo-Ong, namun menggantikan perseorangan muda negara, Cheam June Wei dengan bekas pemain kebangsaan, Liew Daren untuk menggalas cabaran negara pada Sukan Asia kali ini.

Pemain lain yang akan beraksi pada Sukan Asia 2018 adalah Leong Jun Hao, Soong Joo Ven, Chan Peng Soon dan Goh Soon Huat.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Norza memaklumkan BAM tidak bercadang mengikut langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menghantar pegawai keselamatan bagi mengiringi skuad badminton negara ke Sukan Asia.

BAM meletakkan sasaran dua pingat tanpa mengira warna dalam acara badminton pada Sukan Asia 2018 yang akan berlangsung di Istora Senayan, Jakarta dari 19 hingga 28 Ogos ini. – BERNAMA

Tags: BAMNorza Zakaria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sampai Bila Pemimpin PH Mampu Berpura-Pura?

Next Post

Jangan Benci Cintaku Disambung?

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

Next Post

Jangan Benci Cintaku Disambung?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd