• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Setuju Bawa Isu Kuota Haji 1MDB Ke Kabinet

oleh
01/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersetuju membawa isu kuota 1,200 jemaah haji yang menerima surat tawaran di bawah Program Khas Haji 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk pertimbangan kabinet.

Persetujuan tersebut dibuat Mohamed Azmin selepas Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) memberi jaminan bakal jemaah tersebut akan membiayai sendiri kos haji mereka.

“Kalau ikut jaminan yang diberikan oleh YB (Yang berhormat) Baling, bahawa mereka (bakal jemaah haji) tidak dibiayai daripada sumber lain termasuk UMNO dan mereka mampu menunaikan haji dengan simpanan sendiri, maka saya bersedia membawa rayuan ini kepada pihak yang bertanggungjawab untuk dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Abdul Azeez yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji membuat celahan merayu agar Mohamed Azmin membawa isu kuota jemaah haji tersebut untuk kelulusan kabinet.

“Saya mohon dan rayu demi kelangsungan Rukun Islam, saya minta menteri bawa hal ini ke kabinet, beri mereka (bakal jemaah haji) peluang yang mana keluarga mereka mampu biayai sendiri,” katanya.

Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata program khas haji tajaan Yayasan 1MDB tidak akan diteruskan mulai tahun ini berikutan sumber dana yayasan itu mempunyai kaitan dengan 1MDB yang masih dalam siasatan pihak berkuasa. – BERNAMA

Tags: Azmin Alikuota haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cemas… Anak Nourul Sawan Di Pusat Beli-Belah

Next Post

Gaya Bodoh Punca Barat Enggan Kawad Ala Komunis!

Related Posts

Mangsa Banjir Terengganu Meningkat Kepada 2,105 Orang

TH Nafi Agih Kuota Haji Kepada Pihak Swasta

25/01/2024
0

SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan pihaknya mengagihkan kuota tertentu kepada syarikat swasta atau Pengendali Jemaah Haji...

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Next Post

Gaya Bodoh Punca Barat Enggan Kawad Ala Komunis!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd