• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Puji Kempen Kebersihan Perdana Masyair

oleh
27/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Selepas tertarik​​​ melihat jemaah haji Malaysia menjaga persekitaran mereka dengan kemas dan bersih dalam Kempen Kebersihan Perdana Masyair yang dianjurkan ​​​​​​​Tabung Haji (TH), kerajaan Arab Saudi akan mencadangkan program sama dilaksakanan semua jemaah haji pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Abdulfattah Suliman Mashat menyifatkan Malaysia sebagai model dalam menjaga kebersihan kerana jemaah meninggalkan khemah mereka di Mina dan Arafah dalam keadaan bersih semasa Operasi Masyair, yang merupakan kemuncak kepada ibadah haji.

“Sebenarnya, ia tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Kita perlu menjaga tempat dan khemah kita supaya bersih. Ini (sepatutnya) sikap perlu ada bagi setiap umat Islam.

“Kita dalam perbincangan dengan TH tentang bagaimana kita dapat menyediakan ‘konsep hijau’. Insya-Allah pada masa hadapan atau tahun depan untuk manfaat kepada semua jemaah haji,” kata Abdulfattah ketika pertemuan dengan pengurusan kanan TH bagi operasi musim haji 1439H di sini, hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman serta dua Timbalannya, Nurrinanuwar Shamsuddin (Kebajikan) dan Dr Shaffari Marzuki (Perubatan).

“Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada TH di atas sistem pengurusan haji yang cemerlang dan efisien untuk jemaah haji Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kereta Terbiar Dilupuskan Masa Sebulan Mulai 2019

Next Post

5 Ditahan Baling Air Kencing, Najis Lembu

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

Next Post

5 Ditahan Baling Air Kencing, Najis Lembu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd