• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Perlukan Rafizi Apabila Jadi PM

oleh
19/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memerlukan Rafizi Ramli untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap apabila mengambil jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, Pemimpin PKR Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Rafizi merupakan calon yang paling layak untuk menjadi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berbanding Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, Anwar memerlukan pasukan yang mantap apabila menjadi Perdana Menteri kelak.

“Saya percaya Rafizi yang telah banyak membongkar skandal UMNO merupakan calon yang paling layak untuk Timbalan Presiden. Begitu juga Akmal Nasir sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Fuziah Salleh untuk Ketua Wanita PKR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Nazmi berkata, beliau juga berharap akan mendapat sokongan dari rakan-rakannya dalam PKR untuk jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti itu.

Rafizi dan Mohamed Azmin akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu tahun ini selepas Mohamed Azmin membuat keputusan tidak mencabar Anwar untuk jawatan Presiden PKR.

Anwar bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Mahathir dalam tempoh setahun setengah lagi berdasarkan persefahaman yang dimeterai Pakatan Harapan sebelum PRU-14. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Nik Nazmi Nik Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Selalu Dituduh Dengan Kata-Kata Hina ‘Raja Formula’, ‘Merajuk’, ‘Nyet Nyet Nyet’ – Rafizi

Saya Selalu Dituduh Dengan Kata-Kata Hina ‘Raja Formula’, ‘Merajuk’, ‘Nyet Nyet Nyet’ – Rafizi

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli mengakui beliau sering menjadi sasaran pelbagai sindiran dan gelaran seperti 'raja formula', 'merajuk'...

PKR Ada Pencabar Baharu: Rafizi, Nik Nazmi Umum Ambil Alih Parti Bersama Malaysia

PKR Ada Pencabar Baharu: Rafizi, Nik Nazmi Umum Ambil Alih Parti Bersama Malaysia

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli mengambil alih Parti Bersama Malaysia (MU)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd