• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angkara Hantu Kak Limah, Delimawati Terguris Hati

oleh Ahmad Albab
14/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON utama filem Hantu Kak Limah (HKL), Delimawati Ismail mengakui berkecil hati apabila orang ramai hanya mengenalinya menerusi watak dalam filem tersebut.

Menurut Delimawati, rata-rata penonton menggelarnya sebagai Kak Limah dan hanya mengingati karakter hantu yang telah dilakonkan.

“Kadang-kadang rasa okay tapi ada juga rasa kecil hati bila orang hanya ingat nama hantu Kak Limah sahaja.

“Selalunya, budak-budak yang panggil saya hantu Kak Limah dan bertanya kenapa saya tak sama macam dalam filem,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, dramatis yang mula dikenali menerusi drama Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel ini tidak mahu terus berkecil hati.

Sebaliknya, ia menganggap hal itu sebagai tanda lakonannya telah meninggalkan kesan kepada penonton.

“Tapi tak apalah, sebagai pelakon saya anggap watak itu berkesan sehingga jadi ingatan penonton!,” katanya

HKL arahan Mamat Khalid itu terus mendominasi kutipan di pawagam apabila ia memecahkan rekod ketiga dengan catatan RM9 juta dalam tempoh empat hari ditayangkan.

Ia sekali gus menjadikan HKL yang mula ditayangkan pada 8 Ogos lalu sebagai filem tempatan pertama mendapat kutipan tertinggi selepas empat hari tayangan.

Hantu Kak Limah dibarisan pelakon terkenal seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May dan ramai lagi.

Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini turut menampilkan pelakon Erra Fazira, Datuk Seri Vida dan Jue Aziz turut muncul sebagai tetamu istimewa. – mStar Online

Tags: DelimawatiHantu Kak Limah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sabah Proaktif Bantu Graduan Menganggur Dapatkan Pekerjaan

Next Post

Op Larangan Merokok: 172 Notis Dikeluarkan Di Pantai Batu Buruk

Related Posts

Kak Limah ‘Hantui’ Seminggu Di MAPS

25/12/2018
0

UNIK... Kejayaan filem Hantu Kak Limah (HKL) meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM36.2 juta menjadi faktor utama dalam mengangkat naskhah...

Delimawati Tak Tolak Sekuel ‘HKL’ Kalau Bayaran Baloi

16/11/2018
0

PETALING JAYA - Pelakon Delimawati tidak menolak tawaran melakonkan watak Kak Limah dalam sekuel filem Hantu Kak Limah seterusnya jika...

Next Post

Op Larangan Merokok: 172 Notis Dikeluarkan Di Pantai Batu Buruk

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd