Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kemesraan Shuib Dan Sarah...

MESKIPUN pernah menasihati isterinya, Siti Sarah Raissudin agar mengawal 'tahap kemesraan' mereka dalam...

Pelajar Maut, Rakan Cedera...

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar sebuah institut pertanian di Pulau Pinang maut manakala...

Mahathir Tak Mengaku Sebagai...

NAMA bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan francais kedai roti The...

Pencawang TNB Meletup, Juruteknik...

SEBUAH pencawang elektrik di kawasan premis perniagaan berhampiran Kolej Komuniti Bagan Datoh di Hutan...

Anggota Perhilitan Hilang Ketika Mengumpul Data

KUANTAN – Seorang anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dikhuatiri sesat ketika mengumpul data mengenai harimau di bawah program 1st National Tiger Survey di hutan Taman Negara, Jerantut, Sabtu lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harun berkata Tarmizi Ahmad Japli, 30, sebelum itu dilaporkan masuk ke hutan berkenaan menerusi Felda Kecau 11, Kuala Lipis bersama enam lagi rakannya sebelum berpecah kepada tiga kumpulan untuk mengutip data-data daripada kamera yang dipasang di beberapa lokasi di hutan berkenaan.

“Selepas selesai mengambil semula kamera yang dipasang itu, kesemua mereka kembali ke basecamp dengan Tarmizi bersama seorang lagi rakannya dilaporkan mengikut anak sungai.

“Bagaimanapun, ketika di pertengahan jalan, rakannya mendapati Tarmizi telah hilang dan tiada di belakangnya. Beberapa anggota Jabatan Perhilitan cuba menjejakinya namun gagal dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis pada Selasa lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Susulan itu, satu operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan melibatkan 47 anggota Perhilitan, Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Galing, Kuantan, anggota Bomba dan Penyelamat serta Orang Asli sejak semalam. – BERNAMA

Kategori