Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Awas! Ular Masuk Jamban...

KEADAAN cuaca panas menyebabkan banyak reptilia mencari tempat yang sejuk untuk berlindung. Melalui perkongsian di...

PRU14: Tarikh Penamaan 28...

RASMI... Malaysia bakal menyaksikan 'pesta demokrasi' terbesar apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan...

Kyiv Akui Hampir 9,000...

KYIV: Ketua Angkatan Tentera Ukraine mengakui kira-kira 9,000 tentera negara itu terkorban dalam...

PH Zalim ‘Curi’ Duit...

PENYAMUN... Pakatan Harapan (PH) boleh dianggap sebagai sebuah kerajaan zalim kerana berani bertindak...

Amritsar ‘Kota Emas’, Syurga Bagi Penggemar Makanan India

KUALA LUMPUR – Terkenal dengan Kulchas dan Lassi, Amritsar muncul sebagai destinasi kelima teratas di India bagi golongan penggemar makanan.

Ini berdasarkan satu kajian dijalankan Booking.com ke atas beberapa destinasi terkemuka di negara terbabit.

Amritsar merupakan satu daripada destinasi paling menarik di India, di mana terletaknya tempat ibadat pengikut Sikh, Kuil Suci Harmandir Sahib, juga dikenali sebagai Kuil Emas.

“Amritsar merupakan pusat untuk industri tekstil dan kimia serta pemprosesan dan pengilangan makanan, penenunan sutera, penyamakan dan pengetinan dan pembuatan jentera.

“Di sini juga terdapat premis McDonalds vegetarian yang pertama di dunia!” menurut AirAsia dalam satu kenyataan.

Dengan adanya perkhidmatan baharu AirAsia yang melakukan penerbangan secara terus dari Kuala Lumpur ke Amritsar, berkunjung ke sana kini lebih mudah dan mampu dinikmati.

Amritsar adalah destinasi ketiga bagi AirAsia X selepas New Delhi dan Jaipur, dan destinasi ketiga di India secara global bagi Kumpulan AirAsia.


Pada 16 Ogos, penerbangan pertama syarikat tambang rendah jarak jauh bersekutu AirAsia, AirAsia X, akan berlepas dari Kuala Lumpur ke Amritsar.

“Nilai, pilihan dan inovasi adalah asas kepada jenama AirAsia. Berserta tambang pada nilai hebat secara konsisten, tetamu boleh menikmati pilihan berpatutan perjalanan premium bersama tempat duduk PremiumFlatbed AirAsia X.

“Pelancong dari hampir 50 kota dari 16 negara dalam rangkaian Kumpulan AirAsia bakal dihubungkan ke Amritsar melalui perkhidmatan ‘fly thru’ syarikat penerbangan ini.

“Perkhidmatan baharu ini akan memberi faedah kepada pelancong ke destinasi menarik, dan puluhan ribu Sikh yang ingin melawat Amritsar, bagi menziarahi Kuil Emas, dari mana-mana 130 destinasi Kumpulan AirAsia dan AirAsia X, merentasi Asia Pasifik,” kata AirAsia.

Selain daripada kuil tersebut, pelancong juga boleh melawat destinasi pelancongan popular lain termasuk Sempadan Wagah, Jallianwala Bagh, Kubu Gobindgarh, Sadda Pind dan Muzium Partition untuk pengalaman kebudayaan yang menakjubkan. – Astroawani.com

Kategori