• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Perkenan Pelaksanaan SST Mulai 1 September

oleh
28/08/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memperkenankan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 24 Ogos, 2018 selepas Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskannya masing-masing pada 9 Ogos dan 20 Ogos.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini bermakna SST boleh dikuatkuasakan mulai 1 Sept, 2018 bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah dimansuhkan.

“Kementerian Kewangan ingin menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V kerana telah memperkenankan pelaksanaan SST yang selari dengan komitmen​​​​​​​ kerajaan Pakatan Harapan dalam mendukung janji manifesto pada pilihan raya yang lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, berasaskan pelaksanaan SST yang akan diwartakan sebelum 30 Ogos ini, kerajaan berharap ia dapat meringankan beban rakyat memandangkan kerajaan hanya akan mengutip SST sebanyak​​​​​​​ RM21 bilion pada 2019 berbanding GST RM44 bilion.

Sehubungan itu, kerajaan juga berharap pengusaha perniagaan dapat mematuhi peraturan serta mendaftarkan perniagaan mereka dengan SST, katanya.

Lim berkata, ia bertujuan memastikan tiada pengusaha mengambil kesempatan selain sebagai langkah kerajaan mengekang kenaikan harga yang boleh mengakibatkan tekanan kepada rakyat.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memantau dan mengambil tindakan ke atas sebarang akiviti pencatutan, katanya. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngSST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

Program Jualan Besar-Besaran Daging Babi Diteruskan, Aktiviti Yang Sah – Guan Eng

Program Jualan Besar-Besaran Daging Babi Diteruskan, Aktiviti Yang Sah – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menegaskan program jualan daging babi secara besar-besaran akan diteruskan walaupun terdapat bantahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd