• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AG Pertimbang Pinda Pertuduhan Terhadap Beberapa Tahanan SOSMA

oleh
29/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam Negara (AG), atas kedudukan beliau sebagai Pendakwa Raya, sedang mempertimbangkan sama ada Jabatan Peguam Negara boleh meminda pertuduhan terhadap 442 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata proses itu akan mengambil masa oleh kerana ia perlu ditangani mengikut kes.

“Kanun Tatacara Jenayah (dan bukan SOSMA) akan menentukan aspek prosedur jika pertuduhan itu dipinda. Pendakwa Raya akan memberi keutamaan kepada pesalah wanita dan juvana. Begitu juga, tahanan yang sakit atau lemah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Hanipa berkata selepas pertuduhan dipinda, tertuduh boleh sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan.

Sejumlah 442 orang ditahan di bawah Seksyen 13 SOSMA kerana didakwa menjadi anggota pelbagai kumpulan jenayah terancang, atau bersekongkol atau membantu kumpulan seperti itu.

Mohamed Hanipa berkata setakat 27 Ogos tahun ini, 22 orang ditahan di bawah Seksyen 13 SOSMA kerana didakwa melakukan kesalahan berkaitan keganasan

Kenyataan timbalan menteri itu dikeluarkan susulan mogok lapar oleh beberapa orang tahanan SOSMA di Penjara Sungai Buloh (sejak Jumaat lepas) dan Penjara Pulau Pinang (sejak Selasa) untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan SOSMA.

Mohamed Hanipa berjumpa tahanan SOSMA di Penjara Sungai Buloh pada Ahad lepas untuk memujuk mereka supaya menamatkan mogok lapar, dan kemudian merujuk kepada AG berhubung penahanan mereka di bawah SOSMA.

Beliau berkata, mengenai pertuduhan jenayah terhadap mereka, “ia sebaiknya ditangani oleh AG mengikut budi bicaranya berdasarkan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan sehinggalah Kabinet membuat keputusan muktamad berkaitan SOSMA”. – BERNAMA

Tags: Hanipa MaidinSOSMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Masalah Pinda Akta MARA Selagi Hak Bukan Bumiputera Tidak Terjejas, Terancam – Lim Guan Eng

Tiada Masalah Pinda Akta MARA Selagi Hak Bukan Bumiputera Tidak Terjejas, Terancam – Lim Guan Eng

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng mengingatkan sebarang pindaan terhadap Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 tidak boleh...

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

19/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd