• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

70 Peratus Manifesto Berjaya Direalisasi – Ketua Menteri Melaka

oleh Cj Mnh
17/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sebanyak 70 peratus daripada 31 inisiatif yang dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas berjaya direalisasikan sepanjang tempoh 100 hari, kata Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.

Beliau berkata antaranya ialah pelaksanaan perkhidmatan bas percuma pada 20 Ogos depan, menghapuskan caj parkir pada setiap Sabtu dan Ahad serta pertukaran status tanah penempatan Melayu bertaraf pegangan pajak kepada Tanah Adat Melaka (MCL) dengan kadar bayaran premium nominal sebanyak RM1,000.

Bagaimanapun, katanya tempoh 100 hari tidak boleh dijadikan tali pengukur kepada prestasi kerajaan baharu yang diterajui Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu, tetapi sebaliknya ia boleh dianggap sebagai permulaan baharu kepada masa depan negara dalam mensejahterakan rakyat.

“Rakyat boleh membuat penilaian jika dalam tempoh tiga bulan kita boleh laksanakan 31 inisiatif maka (tidak mustahil) 85 insiatif boleh ditunaikan dalam tempoh setahun.

“Sebenarnya kerajaan PH mempunyai keupayaan melaksanakan lebih jauh daripada yang dinyatakan kerana isu yang paling utama adalah bagaimana kita mahu mensejahterakan rakyat,” katanya kepada pemberita pada majlis Pencapaian 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dan Hari Bertemu Rakyat Perdana di Seri Negeri di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Roslan Ibrahim dan barisan exco kerajaan negeri serta kira-kira 1,000 penduduk negeri itu.

Mengulas lanjut, Adly berkata kerajaan negeri turut memfokuskan terhadap penekanan yang menjurus kepada penambahbaikan kualiti hidup rakyat termasuk peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat seperti mana yang terdapat dalam manifesto yang digariskan.

“Terdapat juga inisiatif yang tidak diletakkan dalam manifesto, namun dilaksanakan bagi memberi nilai tambah kepada pentadbiran kerajaan negeri yang mana akhirnya memberi impak positif kepada rakyat Melaka secara keseluruhannya.

“Sebagai contoh, permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mana setiap permohonan tidak perlu lagi melalui wakil rakyat ataupun mendapat sokongan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung namun boleh dibuat secara terus ke pejabat JKM, ini tidak terdapat dalam manifesto kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: manifestoMelaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd