• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Suspek Kes Samun Di Kuching Diberkas

oleh Ahmad Albab
30/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Enam suspek kes samun kedai di kawasan Satok dan Jalan Matang yang aktif sejak beberapa bulan lalu berjaya diberkas Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ng Ah Lek berkata suspek ditahan di beberapa lokasi sekitar bandar raya.

“Modus operandi mereka menyasarkan kedai runcit 24 jam, memakai topi keledar bermuka penuh sebelum ke kaunter sambil mengacukan pisau ke arah juruwang dan mengarah menyerahkan duit sebelum melarikan diri dengan motosikal,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan IPD Kuching di sini, hari ini.

Kesemua suspek yang berumur 18 hingga 25 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan menggunakan senjata.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata sejak Op Samseng oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuching dijalankan mulai 1 hingga 20 Ogos lepas, sebanyak 1,110 saman trafik telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Operasi trafik akan terus dijalankan secara konsisten bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang dan orang awam dinasihatkan supaya tidak menunggang motosikal secara merbahaya kerana dikhuatiri akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kes samunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd