• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

500,000 Pekerja Teknikal Diperlukan 12 Tahun Lagi

oleh Cj Mnh
09/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Sarawak memerlukan kira-kira 500,000 pekerja teknikal dalam tempoh 12 tahun akan datang kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Katanya, jika dulu bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak begitu ditekankan namun sekarang ia telah menjadi keutamaan.

“Ini adalah inisiatif yang ditekankan dalam kerajaan baharu bagi meningkatkan “TVET Empowerment Committee” dan standard TVET di Malaysia.

“Bagi Sarawak, TVET mempunyai dua matlamat utama iaitu menyediakan kemahiran dalam program pembangunan modal insan dan pensijilan serta mempersiapkan rakyat Sarawak untuk menghadapi cabaran-cabaran ke arah Ekonomi Digital,” katanya.

Abang Johari berkata demikian pada perasmian Pameran Inovasi dan Teknologi Sarawak (Saintex 2018 di Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) di sini, hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-dagang negeri Datuk Seri Wong Soon Koh. Turut hadir Naib Canselor UCTS Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid.

Abang Johari berkata, jika Sarawak gagal mengikuti peralihan industri 4.0 maka Sarawak akan jauh ketinggalan.

“Oleh itu kerajaan akan memainkan peranannya dalam meningkatkan pendidikan TVET, sudah tiba masanya kita meninggalkan cara kerja yang lama dan digantikan dengan cara kerja yang baharu yang mengaplikasikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Saya percaya melalui pameran Saintex 2018, ia mampu menjadi platform bagi para pelajar di universiti untuk mengetengahkan keupayaan inovasi, hasil kreatif dan rekaan mereka sekali gus memberikan peluang untuk produk yang mempunyai nilai pasaran untuk dikomersialkan,”katanya.
– BERNAMA

Tags: Datuk Patinggi Abang Johari Tun Opengpekerja teknikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rekod Belanja Bangun Prasarana Sarawak

23/10/2018
0

KUCHING - Kerajaan Negeri Sarawak akan membelanjakan peruntukan, yang jumlahnya mencatatkan satu rekod, bagi membina jalan raya dan kemudahan infrastruktur...

Hadkan Tempoh Jawatan: Ambil Kira Autonomi Sarawak

19/10/2018
0

KUCHING - Tempoh perkhidmatan jawatan Ketua Menteri yang dicadang untuk dihadkan kepada dua penggal adalah satu langkah baik, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd