• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

500 Lot Tanah Rizab Kereta Api Dibuka Untuk Permohonan

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Permohonan pemilikan kira-kira 500 lot tanah rizab kereta api milik Kerajaan Negeri Melaka di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal dibuka kepada rakyat tempatan yang berkelayakan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal yang juga Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Mohd Sofi Abdul Wahab berkata bagaimanapun permohonan berkenaan tertakluk kepada syarat tertentu termasuk pemohon adalah rakyat tempatan DUN berkenaan, tidak memiliki tanah dan tanah yang dimohon mesti didirikan rumah.

Beliau berkata permohonan berkenaan bertujuan memberi peluang rakyat kawasan berkenaan memiliki tanah sendiri untuk membina rumah.

“Kita jangkakan kira-kira 100 permohonan pemilikan tanah rizab kereta api dapat diluluskan menjelang akhir tahun ini.

“Proses kelulusan berkenaan perlu mengambil kira pelbagai aspek agar tiada pertindihan permohonan atau lebih daripada satu individu dalam keluarga yang sama mendapat pemilikan tanah tersebut,” katanya selepas Majlis Penyerahan Geran Tanah Rizab Kereta Api di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut sebanyak 77 orang penduduk Kampung Panchor menerima geran tanah berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohd Sofi berkata permohonan tersebut juga perlu melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung untuk tujuan penilaian dan pertimbangan sebelum diserahkan kepada ADUN untuk proses seterusnya.

Sementara itu, Ahmad Abu Hassan, 67, dari Kampung Panchor di Durian Tunggal di sini berkata penantian hampir dua tahun untuk beliau memiliki geran tanah berkenaan kini berakhir.

“Alhamdulillah akhirnya impian memiliki tanah sendiri untuk membina rumah tercapai. Sebelum ini pakcik tinggal di rumah anak dan impian memiliki rumah sendiri diharap tercapai,” kata pemandu lori itu.

Beliau berkata tanah berkeluasan 683 meter persegi itu sebelum ini telah diusahakan dengan menanam pokok buah-buahan seperti durian sejak 20 tahun lepas. – BERNAMA

Tags: kereta api
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

14/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand, hari ini apabila sebuah kren pembinaan tumbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd