• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

50 Sumbu Badak, Sembilan Bangkai Hidupan Liar Dirampas

oleh
20/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas 50 batang sumbu badak dan sembilan bangkai hidupan liar spesies karnivor yang dianggarkan bernilai RM48.5 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin lepas.

Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata susulan maklumat yang diterima daripada Jabatan Kastam di KLIA pihaknya menjalankan pemeriksaan dan menemui kesemua sumbu badak dan bangkai hidupan liar seberat 316 kilogram itu di dalam 10 kotak.

Menurutnya, sumbu badak dan bangkai hidupan liar itu disyaki akan dieksport ke Vietnam bagi tujuan perubatan dan setiap satu kilogram sumbu badak berkenaan dijual dengan harga US$100,000.

“Kesemua hidupan liar ini telah dirampas dan konsainan ini dipercayai cuba dieksport keluar daripada negara ini tanpa sebarang permit yang sah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Jabatan Perhilitan, di Cheras di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti spesies haiwan karnivor yang telah dirampas.

“Siasatan bagi mengenal pasti pemilik konsainan ini masih dijalankan. Berdasarkan siasatan awal terdapat maklumat palsu yang digunakan dalam dokumen berkaitan, “ kata Abdul Kadir.

Menurutnya, Jabatan Perhilitan juga akan berkerjasama dan bertukar maklumat dengan pihak Polis Antarabangsa (Interpol) dalam menyiasat kes ini berikutan ia melibatkan jenayah rentas sempadan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggotanya Ahmad Tarmizi Ahmad Japli,30, yang memasuki hari kesembilan masih lagi diteruskan.

Menurutnya, sehingga kini pasukan SAR telah melakukan pencarian seluas 30 kilometer persegi dengan kekuatan 172 anggota daripada pelbagai agensi.

“Pihak jabatan juga telah membina helipad di kawasan Taman Negara bagi melancarkan operasi SAR dan pencarian melalui udara… sehingga kini sebanyak enam pencarian melalui udara telah dijalankan,” katanya.

Pada 11 Ogos lepas, Ahmad Tarmizi dilaporkan dikhuatiri sesat ketika mengumpul data mengenai harimau di bawah program Kajian Harimau Negara di Taman Negara, Jerantut, Pahang.

Ahmad Tarmizi dilaporkan masuk ke hutan berkenaan menerusi Felda Kecau 11, Kuala Lipis bersama empat lagi rakannya bagi menarik keluar perangkap kamera yang dipasang sebelum disedari hilang di kawasan lereng bukit kira-kira 4 petang. – BERNAMA

Tags: Sumbu Badak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Thai Rampas Sumbu Badak Bernilai 10 Juta

12/10/2017
0

BANGKOK - Kastam Thai menahan dua rakyat China di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di sini dan merampas lapan sumbu badak bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd