• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Premis Ditutup Di Seremban Akibat HFMD

oleh Cj Mnh
04/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebuah lagi prasekolah di daerah ini ditutup menjadi premis kelima yang diarahkan berbuat demikian di Negeri Sembilan, berikutan penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, berkata prasekolah di Sekolah Kebangsaan Seremban 2A di sini, ditutup semalam, apabila beberapa murid dijangkiti HFMD.

Beliau berkata, sehingga kini, tiga tadika, prasekolah (satu) dan sekolah (satu) yang semuanya terletak di daerah ini, masih ditutup di seluruh negeri.

“Bagi tempoh awal tahun sehingga hari ini, statistik menunjukkan peningkatan sebanyak 214 peratus kes HFMD iaitu 1,853 kes berbanding 591 kes pada tempoh sama tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata taburan kes HFMD mengikut daerah sehingga hari ini ialah 1,300 kes di Seremban, Jempol (136), Port Dickson (122), Kuala Pilah (97), Rembau (95), Jelebu (55) dan Tampin (48).

Katanya, bagi minggu ini sahaja, sebanyak 255 kes baharu dicatatkan iaitu 185 kes di Seremban, Port Dickson (29), Kuala Pilah (17), Rembau (10), Jempol (tujuh) Jelebu (tujuh).

Veerapan menasihatkan semua pihak yang mengendalikan pusat pembelajaran awal kanak-kanak, termasuk taska dan tadika supaya mengambil serius langkah pencegahan HFMD terutama membuat saringan di pintu masuk.

“Selain memastikan amalan asas kebersihan dikekalkan, mereka juga perlu melakukan pemeriksaan di pintu masuk premis bagi mengelakkan kanak-kanak yang dijangkiti HFMD dihantar ke situ oleh ibu bapa,” katanya.

Beliau turut menasihati ibu bapa dan penjaga untuk memastikan kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibawa ke tempat awam, termasuk sekolah, taska dan tadika, bagi mencegah kanak-kanak lain daripada dijangkiti. – BH Online

Tags: HFMDSeremban
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Istana Pahang Tarik Balik Darjah Kebesaran, Pingat Jika Pamer, Lekat Lambang Pada Kenderaan’

Kejohanan Olahraga MSSM Ke-63 Bermula Esok Di Seremban

14/10/2023
0

SEREMBAN: Seramai 1,900 orang atlet akan bersaing dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) kali ke-63 yang berlangsung di...

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

20/05/2023
0

PUTRAJAYA: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara dilaporkan melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd