• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Lelaki Vietnam Dituduh Pecah Pasar Raya

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Lima lelaki warga Vietnam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memecah masuk sebuah pasar raya di Ayer Hitam, Jerlun, awal Julai lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Nguyen Van Hop, Ha Van Khanh, Pham Van Xuan, Nghiem Van Long dan Tran Xuan Thong berikutan kesemua mereka yang berusia lingkungan 20-30 tahun tidak memahami Bahasa Malaysia.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa memecah masuk ke sebuah pasar raya di pekan Ayer Hitam dan mencuri wang tunai berjumlah RM1,000 kira-kira 3.00 pagi, 2 Julai lepas.

Kesalahan itu tertakluk di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun sekiranya didapati mencuri.

Timbalan Pendakwa Raya Aqharie Durranie Aziz tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun menetapkan 19 Sept ini untuk sebutan semula kes bagi melantik jurubahasa. – BERNAMA

Tags: Rompakwarga asing
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

10/09/2026
0

PREMIS perniagaan termasuk kedai runcit dan makanan yang dioperasikan oleh pekerja asing sudah tidak lagi asing di negara ini. Menggunakan...

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd