• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Calon Dikenal Pasti Sebagai Ketua Jurulatih Selangor

oleh
07/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengenal pasti empat calon yang berpotensi untuk dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Gergasi Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan, kata Setiausaha Agungnya, Dr Johan Kamal Hamidon.

Beliau berkata senarai calon berkenaan melibatkan jurulatih tempatan dan asing.

“Setakat ini, kita ada empat calon terdiri daripada jurulatih tempatan dan luar negara. Kita kena lihat dulu semua yang kita ada…tidak semestinya kena lantik jurulatih luar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat bengkel tiga hari bermula Sabtu lepas, membincangkan hala tuju FAS di sini hari ini.

Turut berangkat hadir, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Presiden FAS Tengku Amir Shah dan Menteri Besar Amirudin Shari.

Mengulas mengenai pengendali sedia ada, Nazliazmi Nasir, Johan berkata jurulatih berkenaan sudah melakukan tugas dengan baik, namun beliau masih memerlukan masa untuk mencapai kematangan menjadi jurulatih terbaik.

Sebelum ini, pasukan Selangor di bawah bimbingan Nazliazmi tewas 0-2 kepada Pahang pada perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, awal bulan lepas.

Johan berkata meskipun Nazliazmi menerima tekanan daripada dalam dan luar berikutan kekalahan itu, beliau melakukan tanggungjawab diamanahkan dengan baik dan membawa pasukan kendaliannya mara ke final Piala FA selain mengekalkan kedudukan Selangor dalam Liga Super.

Dalam pada itu, beliau berkata FAS bercadang mewujudkan pusat latihan lebih baik di Selangor bagi melatih pemain untuk mengembalikan kekuatan skuad berkenaan pada saingan Liga-M musim depan.

“Pengurusan baharu FAS juga akan melakukan beberapa penambahbaikan berteraskan kepada lima komponen utama termasuk menambah baik struktur organisasi dan tadbir urus serta kemudahan infrastruktur,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Johan Kamal Hamidon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd