• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

33,000 Pesakit Diabetes Di Klinik Kesihatan Kerajaan KL Dan Putrajaya

oleh
01/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penduduk di kawasan bandar perlu mengubah gaya hidup dan pengambilan makanan mereka berikutan statistik klinik-klinik kesihatan kerajaan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan terdapat 33,000 pesakit diabetes di kawasan itu, kata Ahli Lembaga Diabetes Malaysia, Dr S Inthirani.

Tanpa memberikan butiran terperinci, bekas pegawai perubatan klinik kesihatan cawangan Jinjang itu berkata tabiat pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan obesiti dan boleh menyebabkan golongan muda juga menghidapi diabetes.

“Ini menimbulkan kegusaran di kalangan pengamal perubatan… Ini hanya jumlah pesakit diabetes yang datang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja dan jumlah sebenar lebih ramai lagi,” katanya kepada pemberita pada pelancaran kempen ‘Blue Socks Educational Roadshow Launch Agenda’, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Diabetes Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Mohd Shariff Osman menggesa orang ramai meningkatkan kesedaran mengenai penyakit diabetes dan mengambil tahu simptom penyakit itu sebelum ia memudaratkan diri.

“Sebagai langkah awal, orang awam disaran untuk jalani ujian saringan kerana penyakit ini (diabetes) tidak mengenal usia. Mencegah lebih baik dari merawat,” tambahnya.

‘Blue Socks Educational Public Roadshow Launch Agenda’ adalah kempen untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai diabetes terutama mengenai langkah-langkah pencegahan serta rawatan alternatif bagi mengelak komplikasi ke atas mereka.

Lebih 100 orang terdiri daripada golongan pesakit diabetes dan pengamal perubatan menyertai program yang diadakan di Pusat Komuniti Taman Manjalara, Kepong. – BERNAMA

Tags: diabetes
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pencegahan Pandemik Untuk Penghidap Diabetes & Obesiti

13/10/2021
0

Mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19 dengan mendapatkan vaksin, mengamalkan langkah pencegahan jangkitan, dan penjagaan diri yang baik. Seorang wanita menghidap...

Kenapa Ramai Pesakit Diabetes Maut Akibat Covid-19?

22/04/2020
0

SEHINGGA hari ini jumlah kematian akibat Covid-19 adalah 157,970 orang seluruh dunia melibatkan ratusan negara di seluruh dunia (20 April 2020)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd