• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 ‘Budak Gua’, Jurulatih Diberi Kerakyatan Thailand

oleh Ahmad Albab
10/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HONG KONG – Tiga daripada 12 budak lelaki yang diselamatkan daripada sebuah gua banjir di utara Thailand bulan lalu diberi kerakyatan Thailand bersama jurulatih mereka, pengakhiran positif dalam drama menarik perhatian dunia.

Tindakan oleh kerajaan junta Thailand itu dianggap tuah buat budak lelaki terbabit yang menganggotai pasukan bola sepak belia digelar Moo Pa atau Wild Boars.

Namun ia juga mengetengahkan keadaan tanpa negara dianggap pemandangan biasa di rantau miskin Asia Tenggara itu di mana ketiadaan kerakyatan secara rutin menolak kumpulan etnik minoriti daripada hak asas mereka. Tiga budak lelaki dan jurulatih mereka adalah daripada minoriti Shan, lapor media.

“Bagi pasukan Moo Pa, ia benar-benar laluan pantas pemilikan kerakyatan. Pada asasnya, etnik itu tidak dianggap rakyat Thailand,” kata pakar hak asasi manusia di Thailand untuk Fortify Rights, Puttanee Kangkun.

Katanya, ramai penduduk tanpa kerakyatan di Thailand berdepan sekatan untuk bekerja dan melakukan perjalanan.

Pasukan itu bermain di bandar utara Mae Sai terletak berhampiran sebuah rantau di sempadan Thailand, Myanmar dan Laos, dikenali Segitiga Emas.

Kawasan itu dianggap perlindungan untuk anggota etnik militia yang sekian lama memperjuangkan autonomi daripada kerajaan Myanmar dan syurga untuk petani opium (candu) dan penyeludup methamphetamine.

Dua belas budak lelaki itu dan jurulatih mereka, Ekkapol Chantawong, diselamatkan bulan lalu oleh anggota tentera laut SEAL Thailand, tentera asing dan pakar penyelam gua selepas lebih dua minggu terperangkap.

Seramai 28 kanak-kanak dan dua dewasa termasuk Ekkapol diberi kerakyatan oleh pihak berkuasa tempatan kelmarin. Tiga anggota Wild Boars adalah Mongkol Boonpiam, 13, Adul Sam-on, 14, dan Pornchai Khamluang, 16.

Sementara itu, penasihat khas berkaitan tanpa negara untuk agensi pelarian Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHCR), Carol Batchelorm mengalu-alukan langkah kerajaan junta itu.

“Dengan memberi mereka kerakyatan, Thailand menyediakan identiti rasmi yang akan memberi laluan kepada mereka mencapai aspirasi serta mengambil bahagian sebagai anggota penuh masyarakat, untuk mereka merasa dimiliki,” katanya dalam satu kenyataan semalam. –NYT/BH ONLINE

Tags: jurulatihThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd