• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,380 Murid Terlibat HFMD

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 2,380 murid daripada 950 sekolah terlibat dengan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) sehingga semalam (5 Ogos), menurut Kementerian Pendidikan.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata sebanyak 149 kelas biasa, 65 kelas prasekolah dan lima sekolah telah diarah tutup oleh pihak Kementerian Kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi tempoh yang sama.

“Mana-mana sekolah atau kelas yang terlibat dengan arahan penutupan sekolah di bawah akta tersebut hendaklah mematuhinya serta mengambil tindakan dengan seberapa segera dengan melarang murid-murid hadir ke sekolah,” kata kementerian itu.

Kementerian Pendidikan berkata pengetua dan guru besar yang terlibat hendaklah memaklumkan kepada Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan Daerah dengan kadar segera akan notis penutupan tersebut.

“Guru-guru dan kakitangan sekolah juga hendaklah diarahkan melaporkan diri di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan menjalankan tugas seperti diarahkan PPD berkenaan,” katanya.

Kementerian Pendidikan turut memberi peringatan bahawa semua pengetua dan guru besar supaya mengambil langkah-langkah perlu dengan memberi nasihat kepada murid agar sentiasa menjaga dan mengamalkan kebersihan walau di mana mereka berada.

“Pihak sekolah juga hendaklah menghubungi terus pejabat kesihatan daerah, hospital atau klinik berdekatan dengan kadar segera sekiranya terdapat tanda-tanda penyakit tersebut terhadap murid-murid di sekolah serta memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga murid,” kata kementerian itu.

Kementerian Pendidikan berkata ibu bapa dan penjaga hendaklah merujuk terus ke hospital atau klinik berdekatan sekiranya terdapat tanda penyakit HFMD terhadap anak jagaan mereka.

HFMD disebabkan jangkitan virus khasnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (EV71) dan virus itu merebak melalui sentuhan dengan air liur, cecair lepuh dan najis pesakit.

Gejala penyakit tersebut adalah demam, ruam (maculopapular dan vesicles) di tapak tangan, kaki dan ulser di mulut dan lidah, serta gejala dan tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan atas (URTI). – BERNAMA

Tags: HFMDpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd