• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

225 Murid Di Pahang Dikesan Mengidap HFMD

oleh Cj Mnh
02/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sejumlah 225 murid di seluruh Pahang dikesan mengidap penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dan diberi cuti kuarantin bagi membendung penyakit itu daripada terus merebak.

Pengarah Pendidikan Pahang Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata penyakit itu mula dikesan di kalangan pelajar sekolah pada 13 Julai lepas dan telah merebak ke 73 buah sekolah membabitkan 225 pelajar di semua 11 daerah di negeri ini.

“Berdasarkan catatan sehingga semalam, murid sekolah rendah merupakan bilangan paling ramai yang menghidap HFMD membabitkan seramai 156 murid manakala di kalangan prasekolah 67 murid telah dikesan dan dua orang lagi membabitkan pelajar sekolah menengah,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, Jerantut merupakan daerah paling ramai yang dikesan HFMD dalam kalangan murid sekolah yang melibatkan sebanyak 108 orang daripada 10 buah sekolah.

Katanya, daerah Bentong dan Kuantan masing-masing mencatatkan 24 pelajar terkena jangkitan penyakit itu daripada 11 sekolah di setiap daerah berkenaan, manakala di Temerloh 16 murid di sembilan sekolah, Maran (15 murid di lapan sekolah), Raub (sembilan murid di enam sekolah).

Daerah Lipis (sembilan murid di empat sekolah), Bera (lapan murid di tiga sekolah), Pekan (tujuh murid di enam sekolah), Rompin (empat murid di empat sekolah) dan Cameron Highlands (seorang murid di sebuah sekolah).

Tajuddin berkata, kesemua pelajar yang dikesan mengalami HFMD itu telah dibenarkan bercuti sehingga keadaan pulih sepenuhnya.

Setakat ini, katanya tiada penutupan sekolah dibuat berdasarkan kes-kes HFMD yang dikesaan membabitkan 73 buah sekolah di seluruh Pahang itu.

“Kita sentiasa mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan dan saling bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan bagi menangani permasalah HFMD ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: HFMDPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd