• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Terselamat, Toyota Camry Hangus

oleh Ahmad Albab
24/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Dua lelaki terselamat apabila kereta Toyota Camry dinaiki mereka hangus 100 peratus di Kilometer 6.5 Jalan Genting Highlands, berhampiran Genting Premium Outlet, Genting Highlands, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, dua lelaki berusia lingkungan 30-an dikatakan dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 12.39 tengah malam.

“Seramai lima anggota dan pegawai dengan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati bahagian hadapan kenderaan berkenaan terbakar. Pemandu dan penumpang sudah keluar dari kenderaan dan tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Sani berkata, operasi turut mendapat bantuan dari Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur dan Anggota Unit Kebakaran Polis Bantuan (PB) Genting Highlands.

“Daripada maklumat diterima, kenderaan berkenaan dinaiki dua lelaki dari Genting Highlands menghala turun ke KLK dan sebaik tiba di lokasi, ia terbakar secara tiba-tiba.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan Bahagian Forensik JBPM Pahang.

“Bagaimanapun, pihak kami mendapati kebakaran bermula dari bahagian hadapan berhampiran enjin kenderaan itu,” katanya. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kebakaranKenderaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd