• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Ditahan Tawar Projek Melombong Bauksit Tak Wujud

oleh
15/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menahan dua lelaki disyaki memperdayakan seorang ahli perniagaan dengan menawarkan projek perlombongan bauksit yang tidak wujud di Sungai Karang menyebabkan mangsa kerugian RM90,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata kedua-dua suspek yang berusia 48 tahun dan 31 tahun ditahan ketika hadir untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang pada 9.15 malam Isnin lepas.

Mangsa, 58, mula berurusan dengan suspek pada April 2015 yang menawarkan kerja-kerja mengeluar, memproses, menyimpan serta menjual bauksit di Sungai Karang di sini, kata beliau.

“Dia telah membuat bayaran sebanyak RM90,000 kepada suspek sebelum menandatangani satu perjanjian di sebuah firma guaman di Jalan Tun Ismail pada 4 Ogos 2015.

Perjanjian itu memberi kuasa kepada mangsa untuk urusan cari gali bahan mineral bauksit untuk tempoh 30 hari bermula tarikh perjanjian yang dibuat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun setelah beberapa ketika, suspek gagal menunaikan perjanjian menyebabkan mangsa telah membuat semakan dan mendapati seorang daripadanya berstatus bankrap sejak tahun 2013.

Ahli perniagaan itu kemudian telah meminta suspek untuk memulangkan kembali wangnya, namun suspek enggan berbuat demikian.

Berikutan itu dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kerana merasa tertipu dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mohd Wazir berkata, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tiga hari sejak semalam dan akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, esok. – BERNAMA

Tags: bauksit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd