Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Hamid Gurkha Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Pelawak legenda, Hamid Gurkha, 90, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit tibi...

Kedah Bentang Bajet 2018...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah hari ini membentangkan Bajet 2018 berjumlah RM1.38...

Semua Sekolah Mesra Pelajar...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan menyasarkan semua sekolah dinaik taraf dengan kemudahan mesra orang...

Tuduh PM Hina Tun...

TUN Siti Hasmah dalam beberapa berita yang dilaporkan hari ini melahirkan rasa sedih...

2 Lelaki Didakwa Terima Wang Deposit Pelaburan Tanpa Lesen

TAIPING – Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima wang deposit tanpa lesen berjumlah RM5,720 daripada seorang lelaki, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Yap Ying Chao, 25 dan Boo Weil Seng, 30, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syed Faisal Syed Amir.

Kedua-duanya didakwa bersama-sama menerima deposit daripada Foong Han Yan tanpa suatu lesen yang sah yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Wang 2013, yang dilakukan mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting pada 11.14 pagi, 12 April 2016.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 137 (1) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137(2) akta sama, dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM50 juta atau kedua-duanya.

Mahkamah memutuskan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh dan menetapkan 7 Sept ini untuk sebutan semula kes bagi melantik jurubahasa bahasa Mandarin.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Safiyatun Ahmadun. – BERNAMA

Kategori