• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lagi Hospital Akan Dinaik Taraf

oleh Cj Mnh
28/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan negeri menyasarkan untuk menaik taraf dua buah lagi hospital daerah kepada status hospital pakar dalam usaha meningkatkan lagi kemudahan dan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

Pengarahnya, Dr. Mohamad Omar berkata, Hospital Dungun yang baharu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini manakala Hospital Besut pula sedang giat mempersiapkan pelbagai peralatan dan kemudahan perubatan.

“Apabila dua buah hospital tersebut mencapai taraf hospital pakar kelak, Terengganu akan memiliki empat buah hospital termasuk dua yang sedia ada iaitu Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dan Hospital Kemaman,” katanya.

Dr. Mohamad menyatakan perkara itu kepada pemberita dalam Majlis Penyerahan Tugas Pengarah Kesihatan di Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Beliau yang bakal bersara mulai esok menyerahkan dokumen tersebut kepada penggantinya, Dr. Mohd.Jusoh dalam upacara ringkas yang turut dihadiri pengarah-pengarah hospital daerah seluruh negeri, para pegawai perubatan dan kakitangan jabatan berkenaan.

Sementara itu, Dr. Mohd. pula berazam untuk terus meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan taraf kesihatan di negeri ini dengan memperbaiki segala kelemahan yang ada.

“Saya juga berharap mendapat kerjasama serta sokongan daripada seluruh warga jabatan untuk kita teruskan kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan terbaik untuk rakyat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Hospital PakarJabatan Kesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mpox: Jabatan Kesihatan Kelantan Akan Pantau Individu Pulang Dari Negara Berisiko

Mpox: Jabatan Kesihatan Kelantan Akan Pantau Individu Pulang Dari Negara Berisiko

18/09/2024
0

Kota Bharu : Jabatan Kesihatan Kelantan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi mengenal pasti mana-mana penduduk di negeri itu yang pulang...

Jabatan Kesihatan P.Pinang Rampas 48 Produk ‘Mustajab’

15/01/2019
0

BUKIT MERTAJAM - Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKMM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang merampas 48 jenis produk di sebuah premis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd