• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Angkat Sumpah Sebagai Senator

oleh Ahmad Albab
27/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Tetap Kongres Nasional PKR Ismail Yusop antara 12 individu yang mengangkat sumpah sebagai Senator hari ini di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Pelantikan Ismail dan tiga lagi iaitu Anggota Jawatankuasa (AJK) DAP Perak Nga Hock Cheh, Setiausaha DAP Pulau Pinang Lum Hui Ying dan bekas Anggota Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dicadangkan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Lapan lagi diusulkan oleh kerajaan pusat iaitu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu Datuk Razali Idris, Ketua Bersatu Bahagian Gelang Patah Md Nasir Hashim dan AJK Parti Amanah Negara (Amanah) Pusat Raj Munni Sabu.

Turut dilantik kerajaan pusat ialah Pengerusi Parti Warisan Sabah Datuk Theodore Douglas Lind, Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling Sie Kiong, Pengarah Pendidikan DAP Sabah Adrian Banie Lasimbang serta Ketua Cabang PKR Bera Monalan Mohamad dan bekas Anggota Parlimen Lumut Mohamad Imran Abd Hamid.

Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Husam Musa yang sebelum ini dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Senator hari ini ditangguhkan ke tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

Sementara itu dalam ucapannya selepas majlis yang berlangsung pada 10 pagi tersebut, Vigneswaran mengingatkan Anggota Dewan Negara yang baru dilantik agar melaksanakan proses demokrasi berlandaskan keperibadian yang tinggi dengan pemikiran terbuka serta rasional.

“Menjadi harapan saya agar Yang Berhormat yang baharu mematuhi ikrar taat setia seperti mana yang dilafazkan sebentar tadi, terutama berkaitan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara yang menekankan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta keperibadian mulia yang menjadi amalan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

“Selanjutnya saya juga percaya bahawa Yang Berhormat pada pagi ini sebagai Anggota Dewan Negara akan membantu ke arah memperkasakan lagi imej Parlimen sebagai institusi perundangan yang berwibawa dan disanjung tinggi di persada antarabangsa,” katanya. – BERNAMA

Tags: angkat sumpahSenator
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Khairuddin, Chang Kekal Bebas Pendakwaan Tarik Balik Rayuan

Next Post

Harga Gula Turun 10 Sen

Related Posts

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

25/08/2023
0

GEORGE TOWN: Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini. (Ada rancangan...

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

23/08/2023
0

SEREMBAN: Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan akan berlangsung esok. (Ada rancangan nak melancong…atau ada...

Next Post

Harga Gula Turun 10 Sen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd