• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zakir Tidak Diusir Selagi Tiada Timbul Masalah

oleh Cj Mnh
06/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Dr Mohamad berkata Malaysia tidak akan mengusir pendakwah bebas Dr Zakir Naik selagi beliau tidak menimbulkan masalah.

Ini kerana katanya Zakir telah diberikan status pemastautin tetap di negara ini.

“Selagi beliau tidak menimbulkan masalah kita tidak akan hantar dia balik kerana beliau telah diberikan status pemastautin tetap,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada pendakwah bebas itu akan dihantar pulang ke India atau kekal di Malaysia.

Sebelum ini beberapa portal berita melaporkan Zakir akan dihantar pulang ke India.

Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Zakir yang didakwa terbabit dengan serangan pengganas di Dhaka, Bangladesh serta pengubahan wang haram meninggalkan India pada 2016.

Kerajaan India telah membatalkan pasport Zakir setelah beliau banyak kali mengabaikan permintaan agar hadir di Badan Penyiasat Kebangsaan India bagi membantu siasatan.

Rabu lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun juga menafikan laporan Zakir akan dihantar pulang ke India dan berkata tiada sebarang arahan dikeluarkan berkenaan perkara itu.

Sementara itu, ditanya berhubung lokasi ahli perniagaan Low Taek Jhow atau Jho Low yang sedang diburu bagi bantu siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mahathir berkata beliau tidak tahu.

“Saya tidak mengikuti pengembaraan Jho Low, jadi saya tidak tahu di mana dia sekarang. Terserah kepada mereka yang ditugaskan mencarinya untuk selesaikan masalah yang dia timbulkan menerusi 1MDB serta lain-lain salah laku yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu,” katanya.

Semalam, Mohamad Fuzi dilaporkan berkata berdasarkan laporan yang diterima oleh pihaknya ketika menjejaki lelaki itu di Hong Kong baru-baru ini, Jho Low dipercayai sudah melarikan diri ke Macau.

Pada 15 Jun lalu, Jabatan Imigresen Malaysia membatalkan pasport milik ahli perniagaan itu atas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan Jho Low diperlukan bagi membantu siasatan skandal 1MDB. – BERNAMA

Tags: Zakir Naik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hina Zakir Naik: K Senthivelu Akan Dipanggil Polis

06/01/2020
0

SEREMBAN - Polis akan memanggil Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), K Senthivelu bagi membantu siasatan susulan lima laporan yang diterima...

Soalan Peperiksaan Guna Nama Zakir Naik Tak Salah

06/01/2020
0

SHAH ALAM - Pihak yang mencetuskan kontroversi sehingga mewujudkan provokasi terhadap isu soalan Kursus Hubungan Etnik (UUW235) Universiti Malaysia Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd