• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yusof Gesa Rakyat Desak Ramasamy Undur

oleh Ahmad Albab
24/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusof Azmi menyeru orang ramai menyertai perhimpunan pada Jumaat ini bagi mendesak Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy meletak jawatan.

Beliau yang cukup terkenal dalam memperjuangkan hak-hak pengguna tanpa mengira kaum sewaktu bersama PPIM menegaskan bahawa Ramasamy telah banyak mencetuskan hasutan kepada rakyat berbilang bangsa di negara ini demi kepentingan dirinya.

“Mari kita bersama bersatu untuk himpunan aman mendesak Ramasamy supaya meletak jawatan. Ini bukan isu perkauman atau sentimen agama. Ini berkenaan isu keselamatan negara kita.

“Sedangkan kita hidup aman damai harmoni berbilang bangsa. Selama ni kita hidup berjiran Melayu, India, Cina tidak mempunyai masalah, tetapi disebabkan ada individu seperti Ramasay ini akan menghancurkan perpaduan dan keharmonian yang kita bina.

“Mari kita bersama tak mengira bangsa mendesak P. Ramasamy agar beliau meletak jawatan secara sukarela demi negara,” serunya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beberapa hari lalu, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut menyeru umat Islam di seluruh Malaysia bangkit bersolidariti meminta pihak berkuasa menahan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang tersebut.

Ia susulan sebilangan umat Islam Pulau Pinang mengadakan demonstrasi di Masjid Sheikh Eusoff bagi menyatakan sokongan kepada pendakwah Islam, Dr. Zakir Naik yang berhadapan risiko dihantar pulang ke India oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Demo solidariti umat Islam Pulau Pinang itu turur mendesak pihak berkuasa menahan Ramasamy kerana didakwa terlibat dengan kumpulan pelampau Tamil, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ramasamy dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Hindu termasuk Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) meminta kerajaan Pakatan Harapan mengusir dan menghantar pulang Dr. Zakir ke India.

Beberapa menteri kerajaan Pakatan Harapan termasuk M. Kulasegaran, Gobind Singh Deo dan Xavier Jayakumar malah membangkitkan tentang Dr. Zakir dalam mesyuarat Kabinet beberapa minggu lalu.

Kulasegaran memaklumkan kerajaan Pakatan Harapan membuat keputusan akan akur jika kerajaan India mengemukakan permintaan rasmi supaya Malaysia menghantar Dr. Zakir pulang ke India.

Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Negara, Shri Raveesh Kumar kemudian dilaporkan mengesahkan permohonan itu wujud dan permohonan ekstradisi Dr. Zakir ke India sedang dipertimbangkan secara aktif oleh kerajaan Malaysia.

Dr. Zakir dikehendaki oleh kerajaan India kerana kononnya terlibat dalam aktiviti keganasan memperoleh status pemastautin tetap di Malaysia semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau merupakan pakar perbandingan agama dan pendakwah Islam antarabangsa yang berjaya membuat ramai penganut bukan Islam menyakini agama Islam dalam siri ceramah-ceramahnya di seluruh dunia. – MYNEWSHUB.TV

Tags: P. RamasamyYusuf Azmi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Mula Terasa Kesan Kos Hidup Meningkat… Bersedia, Berjimat, Berdoa – Yusuf Azmi

Ramai Mula Terasa Kesan Kos Hidup Meningkat… Bersedia, Berjimat, Berdoa – Yusuf Azmi

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis masyarakat, Yusuf Azmi menyarankan orang ramai agar bersedia menghadapi cabaran ekonomi yang semakin mencabar susulan ketidaktentuan...

Yusuf Azmi: Surau Pun Pernah Kena Roboh Tiada Kelulusan 

Yusuf Azmi: Surau Pun Pernah Kena Roboh Tiada Kelulusan 

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Yusuf Azmi, menegaskan bahawa isu perobohan rumah ibadat tidak wajar dilihat dari sudut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd