• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waytha Kecewa Penampilan Rakan Baiknya Dihina

oleh Ahmad Albab
18/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Senator P. Waytha Moorthy yang baru dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) kecewa dengan penghinaan bersifat peribadi di laman sosial terhadap tetamunya.

Penghinaan tersebut dibuat oleh netizen ke atas sami Hindu yang menemaninya ke Parlimen pada Selasa.

Waytha menyifatkan Arunachalanandaji sebagai bukan warganegara India yang menetap di negara berkenaan dihormati kerana dedikasinya kepada agama Hindu dan merupakan seorang sahabat rapat serta dianggap seperti saudara.

Arunachalanandaji mengorbankan kehidupannya untuk mempromosikan keamanan sejagat dan keharmonian kaum.

Arunachalanandaji (bulatan merah) dijemput oleh Waytha untuk menyaksikan beliau angkat sumpah sebagai senator.

Beberapa portal berita turut melaporkan mengenai mesej yang tular tentang misteri gambar lelaki berambut panjang dan berjambang tebal.

Arunachalanandaji berada di Parlimen bagi menyaksikan Waytha dan empat yang lain mengangkat sumpah sebagai senator.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Waytha berkata, beliau menjemput Arunachalanandaji kerana menghormati sami tersebut.

“Saya fikir memandangkan dia menggunakan 30 tahun daripada kehidupannya untuk keamananan sejagat, ia adalah satu penghormatan untuk menjemputnya pada majlis angkat sumpah saya,” kata Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu. – mStar Online

Tags: samiSenator P. Waytha Moorthy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sami Warga Asing Ditahan Disyaki Rogol Wanita Tempatan

27/09/2023
2

SERDANG: Seorang sami warga asing ditahan selepas disyaki merogol seorang wanita warga tempatan di sebuah kawasan di Puchong, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd